Alhamdulilah saya telah selamat bermusafir untuk membentangkan kertas kerja di International Acctg & Business Conference 2008. Di samping menghadiri conference tersebut, saya mengisi peluang dengan menghadiri mesyuarat rasmi urusan pejabat dan melawat pejabat CSM di Johor Baru.
Pengalaman membentangkan kertas kerja kali ini berbeza dengan pengalaman memberi ceramah di sektor korporat dan persidangan perniagaan. Kali ini, saya dikelilingi oleh para cendiakawan, Profesor2 dan calon2 PHD. Nampak sedikit janggal kerana objektif di antara corporate conference dan academic conference sememangnya tidak sama.
Pada malam hari pertama, saya menghubungi Prof Kamil bertanyakan bagaimana hendak majukan slide presentation saya. Prof Kamil menyakinkan supaya saya jangan risau, kalau slide presentation tidak boleh display, gunakan cara manual aje. Sememangnya saya risau. Pertama, ini adalah pertama kali saya present di academic conference. Kedua, pengalaman membuat presentation di corporate dan business conference dan juga program rasmi menhendakkan saya memberi slide presentation dua hari sebelum function. Saya pula meletakkan high expectation dan piawaian sendiri.
Tahinah kepada organizer dan sekretariat IABC 2008 . Moga Allah mengizinkan corporate practitioners dan academic experts untuk duduk semeja bagi meneruskan budaya membina ilmu dan tamadun kemaanusiaan.
Terima kasih kepada Profesor Dr Hj Kamil, Prof Dr Hjh Norhana dan Prof Dr Hjh Faridah yang membantu saya menyiapkan kertas kerja saya.
1 comment:
Assalamualaikum,
Tahniah dan syabas kepada en. Ridzwan dalam kesebukan bertugas sempat menulis buku. Insallah saya akan beli buku tersebut bila berada dipasaran nanti.Selamat menjalani ibadah puasa dan kemaaf dari saya.
Post a Comment