Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, August 23, 2008

Projek Karnival Haji

Alhamdulilah 2 projek besar yang saya lakukan tahun 2008 berjalan dengan baik. Pertama, projek ilmiah kedoktoran yang bakal tamat tidak lama lagi. Kedua, projek Ramadhan yang sekarang sedang rancak dilaksanakan.

Projek ketiga pula saya merancang untuk mengadakan projek karnival haji sekitar akhir Shawal atau awal zulkaedah tahun ini. Kertas kerja telah saya siapkan dan saya dah majukan kepada pihak pengurusan sumber manusia untuk pertimbangan mereka.

Tujuan karnival haji ini adalah untuk membuka ruang fikiran masyarakat bahawa Haji adalah satu proses penting dalam kehidupan seorang muslim. Ianya bukan sekadar rutin tahunan sebuah karnival kemanusiaan namun jauh meruntun keperluan merealisasikan falsafah Haji dalam konteks amalan harian. Pembinaan individu muslim akan mencapai kemuncak dengan terbitnya mentari Haji dalam diri.

Sebagaimana budaya masyarakat kita, setiap apa yang ingin kita usahakan akan pasti mengundang kecaman, tidak disokong dan membuat cerita2 yang tidak membina. Dua tahun lepas bila saya berusaha melaksanakan karnival sha'ban, maka ramailah menuduh ini adalah bidaah dan tidak mengikut sunnah. Tapi apa alternatif yang diberi? Jawapannya "Tiada" kerana terlalu ramai yang suka komen dari buat kerja. Spesies ini hanya melihat dawah dalam konteks yang sempit dan membiarkan diri dalam kejumudan. Saya menyakini projek karnival Haji akan mendapat layanan yang sama; tapi insyaAllah saya masih mampu untuk bersabar dan kukuhkan azam untuk meneruskan apa yang saya rancang. Jika tidak berjayapun tak mengapa, sebab satu hari nanti saya akan berbicara dengan Allah.

Kepada pembaca blog ini, doakanlah supaya projek karnival Haji ini dapat diluluskan dan berjalan sebagaimana yang dirancang.

Salam.

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Saya Nurul Fatin Haq Abdul Fakah(fafa07fatin.blogspot.com)
Saya dah habis baca blog uncle
dan saya mengucapkan terima kasih kepada uncle.
Blog nie telah membawa keinsafan kepada diri saya...
Thank you so much..

Anonymous said...

somoga anda berjaya melaksanakannya dengan izin allah.
Brand man brand. so brand this carnival internationally

rezi