Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, August 6, 2008

Tulisan Saya di Berita Harian 06 Ogos 2008


Sila baca artikel bertajuk "Syor dana khas pinjaman untuk tunai haji",di alamat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20080805224159/Article/

Tulisan ini adalah lanjutan daripada artikel saya di Berita Harian 18 April 2008 mengenai keperluan kerajaan dan KWSP membenarkan bakal jamaah haji mengeluarkan RM10,000 dari Akaun II KWSP untuk maksud Haji.

SURAT
Syor dana khas pinjaman untuk tunai haji

URA-URA membenarkan pinjaman kewangan bagi tujuan menunaikan fardu haji seharusnya mendapat sokongan umat Islam. Walaupun perkara ini mengundang sedikit kontroversi sama ada boleh atau tidak, satu usaha perlu dilakukan bagi kepentingan ummah. Saya juga difahamkan beberapa rakan jemaah haji Indonesia bahawa sebahagian rakyat republik itu menggunakan pendekatan ini dengan sokongan beberapa bank Islam di sana.
  • Saya tiada autoriti membenarkan perkara ini. Namun, sebagai seorang profesional dan mempunyai sedikit ilmu fiqh-muamalat, saya berpendapat pinjaman haji seharusnya dibolehkan. Ada dua faktor yang perlu diambil kira iaitu untuk menggalakkan lebih ramai orang muda mengerjakan ibadat haji dan merangsang ekonomi. Ini juga dapat mengelakkan bakal haji dari menjual harta bernilai seperti tanah untuk tujuan ke Tanah Suci.

    Dua isu pokok pinjaman yang sering dibicarakan ialah dalam konteks risiko dan pinjaman riba. Justeru, kedua-dua isu ini boleh diuruskan dengan mengambil pendekatan berikut:

  • Pinjaman ini diwajibkan diberi perlindungan Takaful untuk sepanjang bayaran balik pinjaman. Jadi pengurusan risiko dapat diuruskan dengan adil kepada pemberi dan peminjam. Sekiranya berlaku kematian ketika atau selepas haji, tiada lagi timbul isu hutang tertunggak;
  • Tempoh bayaran balik yang pendek (contohnya tiga atau lima tahun). Ia juga dapat mengurangkan risiko kepada pihak peminjam dan si pemberi pinjaman;
  • Pinjaman haji hanya di institusi kewangan Islam. Justeru tidak timbul pinjaman berasaskan riba'; dan
  • Pinjaman ini boleh diambil sekali seumur hidup.


Saya juga mencadangkan diwujudkan 'Dana Khas Pinjaman Haji'. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama institusi kewangan Islam atau bank Islam di Malaysia dengan nasihat daripada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta dikawal selia oleh Bank Negara. Saya juga ingin mengesyorkan institusi kewangan Islam tidak mengenakan keuntungan tinggi seperti pinjaman biasa dari bank komersial.


RIDZWAN BAKAR, Shah Alam, Selangor.

3 comments:

stock investments said...

when will you go online?

Anonymous said...

Sdr stock investments Salam,

Saya tidak dapat memahami soalan yg dikemukakan. Boleh tolong perjelaskan?

Share your thoughts in my blog.

ridzwan bakar

nurazzah8 said...

salam,

Salam perkenalan.

Tahniah di atas penulisan buku "Haji Muda" ... InsyaAllah saya nak booking 5 buah...

emel saya: nurazzah8@yahoo.com