Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, August 31, 2008

Buku Haji Muda

Alhamdulilah buku Haji Muda: Tip-tip menjadi tetamu Allah kini berada di fasa terakhir. Mengikut penerbit, mereka telahpun menguruskan percetakkan dan kulit buku berada di unit grafik. Moga sasaran berada di pasaran pada awal Ramadhan akan menjadi kenyataan.

Rupa-rupanya bukannya mudah untuk melahirkan buku sulong sumbangan saya kepada masyarakat ini. Ianya bermula dengan perancangan, perbanyakkan istighfar, keinsafan diri, mencari mesej, melengkapkan manuskrip, bersengkang mata di hujung minggu, membuat rujukan, berbincang dengan ustaz dan rakan-rakan hinggalah ke peringkat akhir editing. Rakan-rakan seperti Faris, Imran, Firdaus dan Azmi bekerja keras untuk maksud ini. Tidak kurang juga dengan sokongan ahli keluarga saya, Prof Kamil, SifuPTS, Ustaz Zakuan, Abg Shafie CMD, Rezianna, Hjh Fauziah dll, kesemuanya ingin melihat buku ini lahir dengan jayanya.

Kelmarin saya dijemput untuk memberi ceramah keusahawanan di sebuah IPTA. Walaupun kurang sihat, saya mengambil sedikit masa untuk bersama-sama mereka untuk berkongsi pengalaman dan bagaimana 'membina jaringan perniagaan'. Di akhir ceramah saya, saya berkongsi video clip dengan bakal usahawan muda ini. Penutupnya, saya memulakan marketing untuk buku Haji Muda ini dengan harapan mereka akan menjadi usahawan muda berteraskan Islam, berpaksikan tawaf dan Kaabah. Saya tunjukkan draf kulit buku dengan tuan Imran sebagai model buku. Mereka tertarik dan melahirkan keinginan untuk membaca buku ini.

InsyaAllah, bila kulit buku sudah finalize, saya akan paparkan di blog ini. Untuk mendapatkan sinopsis buku, sila lawat :
http://pts.com.my/index.php/buku/2620/

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

1 comment:

Anonymous said...

harta yang ditinggal untuk dunia dan akhirat. semoga kita mendapat hidayah nya


rezi