Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, August 22, 2008

Kisah Rosli Ibrahim & Dr Rasid

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kisah rakan saya Sdr Rosli Ibrahim & Dr Rasid yang telah melalui proses tarbiyah dan bakal melalui perjalanan Umrah.

Rosli Ibrahim, seorang insan yang tegas, telah selamat pulang mengerjakan umrah minggu lepas. Beliau pergi Umrah secara senyap2, namun hati saya tergerak untuk mencari beliau dua minggu lepas. Saya berjaya berkomunikasi dgn beliau semasa beliau melangkah pertama kali ke Masjid Nabawi. Walaupun beliau tidak meminta, hampir setiap hari saya sms Rosli untuk memberi tips-tips berguna sepanjang beliau di Mekah dan Madinah.

ALhamdulilah setelah melebihi 3 tahun saya mempelawa beliau untuk menunaikan umrah, tahun ini hati beliau terbuka. Banyak perkara yang dikongsi oleh Rosli kepada saya, dengan nada suara yang sebak dan hampir mengalirkan airmata. Allah memberi beliau banyak perkara dan kebaikan khususnya menyambut ulangtahun kelahiran depan Kaabah.

Tahniah Rosli! keinsafan dan kesungguhan anda untuk memperbaiki diri dan keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam sudah tentu akan mendapat kasih sayang Allah.

Kisah seorang lagi teman saya, Dr Rasid, yang bakal melangkah ke Tanah Suci minggu depan untuk umrah Ramadhan. Kini saya berusaha untuk memastikan Dr Rasid dan keluarga berhasil untuk melaksanakan impiannya. Saya mempelawa beliau untuk mengikut saya untuk Umrah bulan Mei/Jun kelmarin, namun kesibukan kerja menjadi alasan. Alhamdulilah moga Dr Rasid akan dipermudahkan perjalanan meniti umrah mabrur.

Kepada anda yang ingin menunaikan umrah, bolehlah menghubungi atau sms saya 019-2628585 atau email saya tigeridz@gmail.com.

No comments: