Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, February 21, 2009

AMANAH

Amanah memberi makna yang berbeza bagi seseorang. Secara umum, ia boleh membawa erti amanah kepada harta, perintah taat, soal kerja, urusan negara, urusan agama, menjaga wang atau memelihara rahsia.

Dalam pengurusan negara, pemerintah diberi amanah, bermula dengan mengangkat sumpah. Ada juga negara/negeri yang memulakan perakuan amanah dengan bertemankan Al-Qur'an di sisi. Sementara 'OSA' pula adalah akta Rahsia Rasmi bagi membendung kerahsiaan maklumat negara.

Amanah adalah manifestasi iman. Kita juga sedar bahawa kita telah memegang satu amanah besar. Firman Allah
“Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia….. “ Al-Ahzab: 72

Mengikut sebuah kitab, Adam a.s. telah menerima amanah besar sebagai khalifah pada waktu Asar. Dan diantara Asar hingga malam hari itu juga, Adam a s telah melanggar amanah dengan memakan buah larangan dalam syurga. Nafsu adalah penyebab tergelincirnya amanah yang Adam pikul.

Rasululah s.a.w bersabda:
“Umatku akan sentiasa berada dalam keadaan baik selama mereka tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujuran.”

Dalam kehidupan dunia materialistik bertunjangkan sistem kapitalis, amanah boleh 'diurus niaga'. Insan yang beramanah biasanya kurang mendapat tempat dan insan yang amanah juga biasanya mudah dikambing hitamkan.

Ku tadah tangan kecil ini:
“Ya Allah peliharalah kami dari pengkhianatan manusia, tempatkanlah insan yang beramanah ditempatnya, selamatkanlah ummah dan berikanlah kami renjisan kedamaian hidup.”

1 comment:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Takut benar dengan senario sekarang ini...ramai orang dah tidak beramanah lagi dek kerana material!! Kak nab sentiasa berdoa agar Allah swt melindungi diri ini dari menjadi insan yang tidak beramanah>