Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, April 25, 2009

Buku Haji Muda Habis Di Pesta Buku

Hari ini jam 5-6 petang, saya dijadualkan menghadiri slot ceramah dan promosi buku Haji Muda di PWTC sempena Pesta Buku.

Semalam saya menerima panggilan telefon dari Ustaz Imran, Editor PTS Islamika. ”Tuan, buku Haji Muda dah habis tengahari tadi; stor kamipun dah clear. Kami pun tak sangka. Akan segera ulang cetak.” Beliau bertanya saya ”Jadi bagaimana sessi ceramah dan promisi esok petang?” Saya menjawab ”Kalau sekadar berceramah, bila-bila masa boleh. Tetapi oleh kerana misi kita untuk promosi, tidak sesuailah membuat promosi pada perkara yang tidak wujud ketika itu.”

Kepada rakan-rakan yang akan ke Pesta Buku petang ni, saya minta maaf kerana slot ceramah dibatalkan. InsyaAllah pihak penerbit akan memberi saya slot di satu lagi pesta buku di Mines Resort cuti sekolah Jun 2009 nanti.

Moga Allah mempermudahkan urusan kita memandaikan ummah dan bangsa.

4 comments:

wan mujahid said...

alhamdulillah stelah beberapa bln berhasrat utk membeli buku dr. akhirnya tercapai...coretan pengalaman dr. amat berkesan dan brmanfaat bg smua golongan. Dr. juga memberi kesedaran kpd golongan muda utk mengerjakan haji. Saya sendiri prnah mengerjakan umrah ktika form 4 akhir ramadhan 2005. smemangnya menunaikan ibadah umrah@haji pd waktu muda amat berkesan. Insha Allah saya merancang utk menunaikan haji tika umur 23/24thn. skrang ni pun dah ade RM8k dlm TH.tp klu kos makin meningkat makin lmbatla nmpaknya..membaca buku dr. menambakan lg azam saya...terima kasih.

Zuraimah Ismail said...

Alhamdullillah...tumpang bangga..:)

tajamkannuraniku said...

Assalamualaikum..tahniah syabas..buka sold out..memang berbaloi beli dan baca buku ni..buku saya baru saja dilancarkan sempena pesta buku bangi bandar ilmu beberapa bulan lepas.."Panduan mengajar "Smart Arithmetic for preschool"dilancarkan oleh YB Roziah Ismail. setakat ni kurang daripada 100 naskah terjual...nampaknya kena belajar drp penulis buku haji muda ni...Semasa pesta buku Antarabangsa PWTC baru2 ni..cuma terjual kurang daripada 10 naskah...Harap boleh beri tunjukajar..

ridzwan bakar said...

Sdr Wan Mujahid,
Tahniah dgn keazaman ini. saya doakan Allah mengizinkan hasrat tunaikan Haji ketika muda.

Rantong $ CT,
Thanks for the comment

tajamkannuraniku,
Saya tiada secret recipe utk ini. Pun begitu, saya akan email beberapa tips ke Sis.

TQ