Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, December 29, 2009

Buku:- Bila Pintu Hati Terbuka

Sejak dua-tiga minggu lepas, fikiran dan tumpuan saya fokuskan bagi memantapkan buku Bila Pintu Hati Terbuka. Dengan masa hanya 2-3 jam sehari di sebelah malam, tidak banyak dapat saya lakukan. (Nota Ridz: Maaf kepada pengunjung blog kerana blog ini tidak diupdate sebagaimana biasa).

Buku ini sekarang berada di peringkat akhir sebelum masuk ke bahagian percetakkan. InsyaAllah, proses ini akan selesai penghujung tahun 2009. Sasaran awal untuk berada di pasaran menjelang 1 muharram 1431H lalu, namun tidak kesampaian.

Menulis buku Bila Pintu Hati Terbuka mempunyai kompleksiti tersendiri. Cabaran menyiapkan dan mengedit buku ini lebih hebat dari melengkapkan buku Haji Muda. Dengan harapan mengajak manusia berubah, mencintai Allah, mecintai Rasul, menyayangi ayah-ibu dan mencintai ilmu, saya berharap misi dan matlamat buku ini ditulis akan tercapai.

InsyaAllah buku ini akan berada di pasaran penghujung Januari 2010.

InsyaAllah bila cover buku sudah siap, saya akan paparkan dalam blog ini. Saya akan maklumkan status kelahiran buku ini dari masa ke semasa.

Moga Allah mengizinkan yang terbaik buat sumbangan kecil saya kepada pembinaan ummah.

5 comments:

Zuraimah Ismail said...

Salam Tuan Haji.

Macam menarik buku ini. Jgn lupa war-warkan bila dah dipublishkan ye...

Zarea106 said...

Salam Dr.

Tak sabar rasanya untuk mendptkan buku terbaru. Insyaallah apabila sudah diwar2kan akan dicari dlm pasaran. Semoga kita sama2 dpt berkongsi kebaikan. Amin

ridz said...

Salam CT & Zarea,
Terima kasih dengan sokongan

zarifah said...

Salam Dr,

Tak sabar menunggu kelahiran buku ini. Kalau tidak keberatan, tlg poskan terus kepada saya.

zarifah@calctronic.com

AriffinMaarof said...

Alhamdulillah...
semoga usaha Dr. menghasilkan buku ini akan melahirkan lebih ramai insan yang dekat hatinya dengan Allah.amin..