Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 24, 2009

Tahniah Afif Afnan

Alhamdulilah anak lelaki saya Afif Afnan telah berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan PMR yang diumumkan sebentar tadi. Tahniah dari ayah, ummi, atok, nenek, kakak dan semua adik-adik. Moga penghasilan yang sedikit ini mampu membawa penghasilan yang lebih besar selepas ini.

Menunggu slip keputusan peperiksaan sememangnya mendebarkan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada ayah-ibu pelajar. Oleh kerana kami sedang bercuti di Pulau Langkawi, suasana percutian dan releks ini sedikit mengurangkan debaran. Panggilan telefon dari cikgu Azira jam 11 pagi sememangnya dinanti. Malam tadi ketika kami berkomunikasi dengan cikgu Azira, beliau menaruh keyakinan anak lelaki saya akan memperolehi straight As.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru Sekolah Berasarama Penuh Integrasi Temerloh khususnya kepada mantan pengetua/guru cemerlang Hjh Bonda Sharifah Asma’, Cikgu Zamri, Cikgu Rizal, Cikgu Azira dan semua guru-guru SBPIT yang bekerja keras untuk mencapai sasaran. Tanpa pengorbanan dan jasa cemerlang anda, anak-anak murid anda khususnya Afif Afnan tidak akan mampu memperolehi kejayaan cemerlang pembuka jalan hidup ini.

Usaha mantan Pengetua Hjh Bonda untuk membina kekuatan ruhiah dan memantapkan akhlaq pelajar adalah usaha terbaik bagi melahirkan pelajar-pelajar SBPI yang cemerlang dan seimbang dalam semua aspek. Kejayaan akademik bukanlah faktor penting kejayaan di mata Allah, namun ianya adalah pemangkin dan pengukur kepada kejayaan untuk meneruskan kehidupan sementara ini.

Kepada pengunjung blog khususnya adik Faqeh, Bojat dan Fatin Haq; TAHNIAH kerana telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR 2009. Uncle tumpang gembira dengan kejayaan kalian semua. Form Four bukan honeymoon year okay...

Kepada semua pelajar-pelajar, ayah-ibu, abang-kakak dan semua guru, Tahniah dengan penghasilan yang sedikit ini yang sebenarnya mempunyai impak yang besar.

Kita sama-sama bertanggungjawab membina bakal pemimpin yang bukan sekadar cemerlang akademik malah melangkah melepasi kecemerlangan akidah, spiritual dan emosi.

11 comments:

Farra Da Smiley said...

tahniah buat afif semoga terus cemerlang :)

hanimmokhtar said...

Salam Dr,

tahniah buat afif afnan .. semoga beroleh kejayaan demi kejayaan di masa akan datang..

anak buah saya (yang disebut2 oleh pengetua sebagai calon 8A) hanya memperoleh 4A 4B dan 1C...bukan rezeki..kena muhasabah diri..dan baiki kekurangan. Maknjang dia ni pun agak kecewa juga tapi akan terus bagi semangat dan pastikan dia tak putus asa. Lepas ni form 4 dah kena mula tuisyen dari awal tahun lagi..InsyaAllah..kena gandakan usaha.

Anonymous said...

Salam,

Uncle Ridz, thanks atas ucapan tahniah yang diberikan. Alhamdulillah. Allah berikan kejayaan buat diri ini. Atas berkat usaha gigih dan diiringi dengan doa daripada parents, guru-guru, rakan-rakan dan semua yang berada disekeliling, Fatin berjaya mendapat kejayaan yang diimpikan. Ya, Form 4 bukanlah tahun honeymoon.

Congrats jugak buat Afif. Kawan yang lama dah tak in touch. Hope he keeps up his good work and keep improving for his future. :)

NurulFatinHaq :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Tahniah buat Afif!

ina said...

Tahniah buat semua yang berjaya khususnya Afif. Adik saya(mak lain)dapat 2A saja. Mungkin tak cemerlang dlm akademik tapi diharap cemerlang dari segi sahsiah dan akhlak.

p/s Anak sulung saya baru habis SPM dan yg no 2 sedang tunggu keputusan ke MRSM.

Anonymous said...

Tahniah buat adik Afif.Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya didunia dan akhirat.Amin...

-Hj. Sabtu-

Izzati said...

Salam..

first of all, thanks 4 ur visit to my blog..baru berkesempatan nak buka blog Dr ni..

congrats to afif..masih teringat kenangan 'zaman' muda2 2 tahun yg lepas..

rezeki said...

salam dr,

tahniah buat anak dan tuan sekeluarga atas keputusan yg cemerlang ini, juga buat guru-guru yg bertungkus lumus mendidik tanpa mengenal penat lelah

alhamdulillah.

rosli said...

Salam Dr,

Tahniah atas kejayaan anak dapat 8A.

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..syabas dan tahniah buat tuan sekelurga terutama anaknadanya..semoga terus meraih kecemerlangan di masa2 akan datang..

Alhamdulillah anakanda saya Maryam yang menuntut di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan juga dapat 9 A PMR tahun ini..Cabaran hebat sedang menunggu anak2 kita..semoga kita terus menyediakan diri anak2 kita agar sentiasa tajam IQ,EQ dan SQ nya....

ridz said...

Salam semua,
Terima kasih dgn ucapan penghargaan dan tahniah ini.