Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, December 30, 2009

Feedback #1

Tahun baru Hijrah dan Tahun baru 2010 bakal menjelma dengan keadaan yang tidak menentu khususnya dalam aspek memartabatkan Islam dan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. Beberapa isu masih menambat hati dan jiwa kita lebih-lebih lagi bila sejarah pengorbanan Melayu ketika Merdeka serta hak Melayu dalam perlembagaan dipertikaikan. Lebih buruk bila ada segelintir orang kita yang mahu menghapuskan Raja-Raja Melayu. Kita perlu memberi feedback kepada pemimpin-pemimpin Melayu, jika ini berterusan, Melayu akan berdagang di bumi sendiri.

Sudah tentu kita mengharapkan kuasa politik Islam-Melayu sentiasa kukuh dan disegani.

Melihat kepada aspek mikro kehidupan, Berapa kerap kita memberi feedback kepada insan yang hampir dengan kita? Jika kita mahu penghasilan yang terbaik, berilah feedback dengan hati yang ikhlas.

Tidak semua orang suka menerima feedback lebih-lebih lagi feedback yang negatif. Pengalaman saya bekerja dan bermasyarakat, seringkali feedback dianggap negatif. Teguran dan feedback secara kasar sememangnya tidak memberi faedah, namun teguran dan feedback secara baik dan hikmah juga mungkin tidak dapat diterima. Mungkin ada dikalangan orang kita tidak biasa, manja atau tidak pernah ditegur sebelum ini lantas feedback dianggap mencari salah.

Cuba kita lihat kembali hubungan kita suami/isteri, anak-anak dan rakan-rakan.

Berapa kerap kita memberi feedback kepada suami atau isteri kita? Sepanjang tahun 2009, pernahkah kita memberi feedback kepada insan yang hampir dengan kita? Kita mungkin mahu menjaga hati, namun itu bukanlah pilihan terbaik jika kita mahu melihat orang yang kita sayang menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Suami/isteri, anak/anak dan rakan-rakan memerlukan sokongan kita. Maka berilah feedback yang sesuai agar mereka boleh memperbaiki diri.

Jika anda pegawai bawahan, berilah Feedback kepada bos anda. Tegur mereka dengan ikhlas. Mereka mungkin tidak nampak kesalahan mereka. Jangan sesekali mencari salah atau kutuk bos di belakang kerana Ianya tidak memberi sebarang keuntungan ukhrawi dan duniawi. Bos memerlukan sokongan anda. Begitu juga, jika bos ingin memberi feedback, janganlah kita melarikan diri atau menunjukkan muka tidak senang.

Jika anda bos, tegurlah anak buah anda setulus mungkin. Tetapkan masa yang sesuai untuk memberi feedback ini. Mungkin ada antara anak buah anda yang tidak suka ditegur dan menerima feedback. Tidak mengapa, buatlah yang terbaik kerana kita mahu melahirkan insan-insan yang berjiwa cemerlang.

Bagaimana untuk memberi feedback ini? InsyaAllah saya akan sambung di entri akan datang....

Petikan Buku ’Bila Pintu Hati Terbuka’
Bila ibu menangis, tangisannya adalah demi anak-anaknya.
Bila ibu susah, mereka sebenarnya mahu anak-anaknya bahagia.
Bila ibu berdoa, doanya lahir dari hati yang tulus.
Bila ibu menegur, tegurannya kerana kecintaan kepada anak-anaknya.

(Nota: Buku Bila Pintu Hati Terbuka, insyaAllah akan berada di pasaran akhir Jan 2010)

2 comments:

H@nn@H said...

salam Dr
huhu susah nak bg feedback kat tempat keja tanpa di blacklist...feedback dianggap tunjuk pandai.org bawahan juz ikut ape kata org atasan.
selamat tahun baru Dr

ridz said...

Salam 4981,
Sabar ajelah...