Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 31, 2009

KALAH DIAKHIR TAHUN 2009

Kita menerima kekalahan menjelang Tahun baru 2010, mendukacitakan!

Saya baru sahaja membaca laporan berita dari Business Times sebentar tadi jam 5 petang. Adalah sesuatu yang mendukacitakan umat Islam Malaysia, bila Mahkamah memutuskan Gereja Katholik dan The Herald boleh menggunakan perkataan ALLAH di setiap penerbitan dan Sunday sermon.

Keputusan mahkamah ini adalah satu lagi bala’ dan ummat Islam menerima satu lagi tekanan dan kekecewaan. Hakim kes berkenaan menggunakan asas kebebasan agama sebagai nadi keputusan. Dari sudut kebebasan, sememangnya ianya seolah-olah tiada masalah. Impaknya akan dirasai oleh generasi dan anak cucu kita nanti.

Dalam keadaan umat Islam-Melayu lemah khasnya remaja kelihatan hilang pedoman, longokkan Bible dan majalah-majalah Kristian berbahasa Melayu akan mula mencurah-curah membanjiri pasaran. Mereka mempunyai kekuatan kewangan yang hebat dan mampu memberi bahan bacaan ini secara percuma. Paderi-Paderi mereka pula lebih friendly dari imam-imam kita. Mereka mempunyai skill memujuk yang tinggi dibandingkan dengan segelintir penceramah kita yang kaki menghentam. Mereka menghormati paderi-paderi mereka sementara sebahagian orang kita menghentam ulama’, mufti dan tidak menghormati Al-Qur’an dan mahkamah syariah.

JAKIM, Mufti-Mufti Malaysia dan Jabatan-Jabatan Agama tidak seharusnya berdiam diri. Jika isu politik dan peribadi boleh saman- menyaman (seperti kes Dr Asri dan pegawai JAKIM) dan penangguhan keputusan mahkamah atas faktor politik boleh dilakukan oleh Islam-Melayu Malaysia, maka secara peribadi, saya mengharap para Mufti dan badan-badan Islam segera melakukan penangguhan keputusan mahkamah demi kepentingan Islam jangka panjang. Keputusan ini perlu disemak semula. Saya mengharapkan JAKIM, Mufti-Mufti, Jabatan Agama, Parti-parti politik bersatu hati untuk menyemak kembali keputusan ini.

Hemat saya, kita tidak boleh berterusan KALAH di bumi Tanah Melayu ini setelah berbagai kebaikan dan keistimewaan kita dicarik-carik hampir setiap waktu dan saat. Pada masa yang sama, pemimpin kita pula tidak bersatu sebagaimana kita lihat jahiliah bersatu. Kita banyak membuang masa untuk kepentingan peribadi, glamour dan political interest. Kita banyak masa bergaduh sesama sendiri. Feedback dari golongan marhain dan professional Islam-Melayu tidak memberi kesan atas kepentingan tertentu.

Ayuhlah kita bersatu hati demi ISLAM. Kepada pemimpin politik Islam-Melayu, Dengarilah feedback dan aspirasi golongan marhain dan professional Islam-Melayu. Kami mahu hidup BEBAS di negara kami!

Moga ALLAH menyelamatkan aqidah kita dan generasi penyambung risalah ISLAM di Tanah Melayu ini. ALLAHU AKBAR!

8 comments:

H@nn@H said...

baru je tgk berita pasal kes ni
kalu hakim tu melayu..memang x guna la dia.
bkn ke kristian dah ade nama tuhan dia sendiri?apesal nak sebok guna Allah juga?ni sume dakwah depa la ni

rezeki said...

salam dr

peristiwa yang mencatatkan sejarah pahit bagi umat islam di negara kita, ditakuti akan memesongkan akidah krn nama Allah digunakan dalam terbitan mereka seolah2 "tuhan kita sama dengan mereka" sedangkan tuhan yang kita sembah "Allah SWT tidak beranak dan tidak diperanakan" , hakikatnya amat bertentangan dengan ajaran agama mereka

Masyallah

Hajah Zainab bt Abdullah said...

amat mendukacitakan...

amat menakutkan...

abang sulong said...

Semua kita kecewa & marah dengan keputusan tersebut. Saya berani kata, ini salah satu strategi mereka untuk menguasai orang pemikiran orang melayu. Apakah kita akan terus berdiam diri..atau perlu membuat sesuatu.

Allah itu hak islam.

benludin said...

saya tunggu2 juga apa komen majlis fatwa atau ulamak2

KUMP. GENERASI KE 2 FELDA TAIB ANDAK said...

subhanallah...........bangkitlh wahai bangsaku....jgn biarkn agama kita dipersendakan dan diperkotak-katikkan oleh agama lain...sesungguhnya Islamlah agama suci yg tidak mmpunyai persamaan dgn agama lain....apatah lagi dgn perkataan ALLAH...hnya utk islam yg suci...

ejam... said...

harap semua pemimpin islam tak kira apa fahaman politik sekalipun bersatu menangani masalah ini,jgn sibuk berpolitik sahaja sampai meggadaikan maruah umat islam...kalau pemimpin2 islam tak dapat mengangkat maruah islam...siapa lagi? (kami mahu hidup BEBAS di negara kami)

MFS_8812 said...

Itulah,
Memang berasa dukacita.
nanti anak cucu kita tidak tahu siapa Allah yg sebenar, mereka pening...
Kalah di hari terakhir....