Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 4, 2010

DISIPLIN KEWANGAN HAJI

Entri ini bukanlah iklan.

Perkongsian kali ini penting untuk anda menguruskan Kewangan Haji agar anda mempunyai fikiran tenang untuk menjadi Tetamu Allah. Jika anda sudah menunaikan Haji, tulisan ini memberi tips untuk anda mendisiplinkan kewangan anda. Kepada pengunjung blog ini, saya izinkan jika anda mahu forward, copy-paste tulisan ini untuk dikongsikan di blog-blog atau e-group anda (sila nyatakan sumber http://ridzwan-bakar.blogspot.com).

Saya ingin mengalu-alukan usaha kerjasama Tabung Haji dan Bank Islam untuk mempermudahkan urusan Haji rakyat Malaysia. Mulai sekarang, anda boleh mendaftar untuk menunaikan Haji di mana-mana kaunter Bank Islam. Usaha ini dapat mempertingkatkan lagi kecekapan pendaftaran Haji dan mengurangkan kesesakkan pejabat Tabung Haji.

Selain itu, transaksi akaun Tabung Haji (samada simpanan atau pengeluaran) boleh dilakukan di kaunter Bank Islam. Borang khas masih belum ada, namun transaksi boleh dibuat dengan menggunakan borang pengeluaran BIMB. Yang menarik, saya dimaklumkan oleh pegawai Bank, transaksi ini tidak dikenakan caj perkhidmatan (sebelum ini dikenakan caj 60 sen setiap transaksi).

Bagi memastikan anda mempunyai disiplin kewangan yang baik, beberapa langkah berhati-hati perlu diambil.

Nasihat saya:-

1. Elakkan untuk link akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Islam anda. Jadikan buku Akaun Simpanan Tabung Haji sebagai ”fixed deposit/investment” biar apa sekalipun berlaku. Set minda agar tabungan di Tabung Haji hanya untuk pelaburan dan urusan Haji semata-mata.

2. Untuk urusan harian, gunakan Bank Islam/ Perbankan Islam lain.

3. Elakkan guna kad ATM Bank Islam untuk pengeluaran wang Tabung Haji (Maaf Datuk CEO/Datuk Wan dan kawan-kawan Pengurusan Bank Islam. Idea keluarkan wang Tabung Haji melalui mesin ATM Bank Islam saya tidak setuju). Walaupun usaha TH dan BIMB harus dipuji, membenarkan pengeluaran wang Akaun TH melalui ATM Bank Islam mengundang risiko kepada pelanggan.

4. Di dalam buku Haji Muda dan tulisan saya di akhbar, saya ada menyarankan agar TH mencari alternatif untuk memudahkan urusan jamaah Haji mengeluarkan wang melalu mesin ATM di Mekah dan Madinah. Langkah kerjasama TH dan BIMB diharapkan dapat dipanjangkan untuk urusan pengeluaran wang jamaah semasa musim Haji dan Umrah (tertakluk kepada polisi Bank Negara Saudi Arabia, jika berkaitan). Ini dapat menjimatkan masa jamaah, membantu warga emas, meringankan beban tugas pegawai TH, mempertingkatkan kecekapan pegawai TH supaya fokus kepada perkara yang lebih mustahak dan memudahkan rekonsilaisi urusan kewangan Haji di pihak TH.

Adalah menjadi harapan agar umat Islam Malaysia dapat mengambil manfaat dari kemudahan ini.

4 comments:

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Saya mmg teruja bab2 financial planning/management nie. Target tahun nie nak pergi umrah 1 keluarga...InsyaAllah. Di samping buat potong gaji bulanan direct ke akaun TH sendiri & anak2, saya menyimpan juga di ASB. Tapi skrg tengah mencari alternatif utk ASB. W/pun fatwa kata harus, saya dah rasa musykil aka was2. Mungkin Dr ada cadangan.

Anonymous said...

Salam pn Ina,
InsyaAllah jika ada permintaan dari bloggers, saya akan menulis mengenai pengurusan kewangan dan pelaburan dalam blog ini.

Ridz

سيرة said...

salam Dr,
saya pun sependapat dgn dr dlm hal TH berkerjasama dgn Bank Islam. dgn adanya kad ATM yg boleh digunakan utk mengeluarkan wang tabungan haji, maka matlamat utk mengerjakan haji lambatlah nak tercapai jawabnya...saya pun pernah keluarkan duit dari TH guna ATM. tapi, ada kebaikannya juga Dr...kita boleh bank in duit ke TH tnpa perlu tggu lama2...just perlu ke mesin deposit saja...

financial fund said...

Altenatif simpanan bagi menunaikan Haji di http://takafulhaji.blogspot.com/