*** Dunia ini sebenarnya LUAS, Carilah jalan untuk menambah amal dan mencari Kasih Sayang ALLAH*** Ridz
Assalamualaikum pengunjung setia blog 'Haji Muda',
Terima kasih dengan sokongan semua sehingga terbitnya BPHT. Pesanan Batch ke 3 akan saya poskan esok, InsyaALLAH. Kepada tuan/puan yang masih belum menerima buku BPHT, sila email saya. Kepada mereka yang sudah menerima, sila semak kualiti buku. Jika terdapat defect, sila maklumkan saya melalui email.
Kepada sahabat-sahabat saya serta pesanan yang datang dari luar Malaysia seperti Australia, Dubai, UK, Singapura dan Brunei Darussalam, saya mohon sedikit masa untuk tujuan pembungkusan.
Kepada tuan/puan yang membayar lebih atau tidak mahu menerima diskaun RM2 yang telah saya beri, RM2 tersebut akan saya masukkan ke dalam Tabung Amal Masjid Munawwarah atau mana-mana institusi Anak Yatim/Tahfiz Qur'an yang memerlukan sumbangan kita secara kolektif. Alhamdulilah tuan/puan bukan sekadar mendapat satu perkongsian kecil dari BPHT tetapi memperolehi ganjaran besar dengan membantu institusi yang memerlukan dana untuk kemajuan. Saya teramat bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan tuan-puan menjayakan misi ini melalui platform BPHT.
Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada seorang insan (beliau minta nama dirahsiakan)kerana sanggup membeli buku BPHT pada harga RM25 sebuah demi kerja amal. Alasan beliau, buku-buku motivasi barat berharga melebihi RM30 sebuah. Justeru harga RM15 pada kulit buku BPHT amat murah dan tidak setimpal dengan nilai yang cuba dikongsi oleh BPHT. Wallah'alam. Pada hemat saya, dengan RM15, lebih ramai yang mampu beli dan ilmu serta perkongsian mudah dikembangkan.
InsyaALLAH jumlah diskaun dan kutipan amal ini akan saya maklumkan dalam blog ini sebelum saya bercuti untuk menunaikan Umrah Mac 2010.
NOTA:
Ramai yang menghantar email kepada saya bertanya bila BPHT akan masuk Kedai Buku. Saya telah semak dengan Penerbit dan dimaklumkan bahawa terdapat sedikit kelewatan memasuki kedai buku kerana cuti Tahun Baru Cina. InsyaALLAH akan berada di Kedai Buku pada akhir minggu pertama Mac 2010.
Terima kasih semua kerana kita sama-sama berkongsi untuk menambahkan amalan.
3 comments:
WaN,
Tahniah. Ia membuktikan sesuatu. Rezeki ada di mana-mana. Allah tahu yang terbaik buat kita. Kita berkeinginan, merancang dan berusaha.
Akhirnya, ketentuan Allahlah yang melaksanakan segalanya.
Saya doakan buku ini memberi manfaat yang berkekalan. Itulah yang boleh dibawa selepas perhentian terakhir!
Salam Dr,
Tahniah sekali lagi atas sambutan yang begitu memberangsangkan
Salam Prof & Rosli,
Terima kasih dgn sokongan.
Post a Comment