Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, February 24, 2010

Roket & Skru 50 sen


Jika Roket telah berjaya dilancarkan, usahlah fokus kepada skru 50 Sen yang tertinggal di tapak pelancaran -Ridz

Pagi tadi seorang rakan menziarahi saya kerana beliau tahu saya bercuti. Kami bersembang over coffee dan bertukar pandangan bagaimana untuk memantapkan aktiviti masyarakat. Ianya bukannya kerja mudah dan memerlukan banyak cabaran.

Kita (termasuk saya) mungkin tidak perasan ada ketika kita memfokuskan kepada perkara remeh. Dalam pengalaman saya, kita banyak memberi tumpuan kepada perkara yang tidak patut. Tabiat ini bukan sahaja merugikan masa, malah memindahkan energi negatif kepada orang lain.

Saya beri analogi mudah ini kepada rakan saya. Jika roket telah berjaya dilancarkan ke angkasa, janganlah difokuskan kepada satu skru kecil yang tertinggal di tapak pelancaran.

Raikan Kejayaan kerana ia akan membakar semangat secara konsisten. Tidak perlu kita marah kepada pegawai atau rakan-rakan kerana menyebabkan skru kecil bernilai 50 sen tertinggal di bawah. Juga tidak perlu memberi perhatian dan energi kepada perkara kecil ini dengan melakukan post-mortem besar-besaran.

Dengan lain perkataan, fokuskanlah kepada perkara yang teramat penting yang memerlukan impak besar. Contohnya, jika kita mahu anak kita berjaya, usahlah fokuskan kepada kelemahan dia sahaja. Puji anak secara istiqamah dan bimbing dia meniti kejayaan. Begitu juga, Guru Besar atau Pengetua Sekolah perlulah memberi galakan hebat kepada guru-guru untuk terus cemerlang bukan menekankan satu komplain kecil dari seorang penjaga/ibu/bapa yang ego dan suka merendah-rendahkan martabat guru (perkara ini sering berlaku dalam mesyuarat Tahunan PIBG).

Begitu juga dalam aspek pengurusan Masjid, para imam mestilah fokus kepada usaha dakwah bukan mengimamkan solat sahaja. Imam tidak seharusnya berkata tugas saya Cuma menjadi imam sahaja. Jika ini berlaku, maka Masjid tidak mungkin akan ceria dan imam sebegini perlu segera letak jawatan.

Ringkasnya, bila roket sudah dilancarkan, usahlah berbalah pasal skru 50 sen!

5 comments:

Salam sejahtera....... said...

Salam Dr,
Saya pusing-pusing MPH dan POPULAR Ipoh tadi, tak jumpa buku tu.....

akimsensei said...

analogi yang menarik.. rasanya, boleh jumpa buku baru tuan di pesta buku next month tak?

Aryati Bakri said...

Betul lah...kita selalu fikir benda yang kecik aje, bukan isu yang utama. Isu ranting tak sama dengan isu pokok. sistem persekolahan di Msia terkenal dgn denda tapi bukan pujian atau melihat kelebihan seorg pelajar. Kalau di UK, walaupun kanak2 besekolah sejak berumur 3 tahun, mereka tak pernah rasa bosan ke sekolah semua suka. Cikgu akan berikan sticker kalau belajar yang baik, seperti buat buku novel sendiri (ada kanak2 berumur 5 tahun boleh mencipta novel mereka sendiri), tak marah kalau salah ejaan, tapi lebih kepada konsep citer yang nak sampaikan, beri sticker kalau belajar berlakuan baik, tolong cikgu angkat buku dan buka pintu dlln. Sistem denda macam tiada di sini. Nilai murni sangat2 digalakan. Ketepatan masa sangat2 penting. Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak selama 15 minit sahaja.

ridz said...

Sakam salam sejahtera & akimsensei,
InsyaALLAH difahamkan sudah dihantar ke kedai2 buku utama minggu lepas. InsyaALLAH minggu depan awal Mac dijangkakan ada di kedai2 buku.

ridz said...

Salam Aryanti,
Setuju. Camne progress tesis?