Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, February 11, 2010

Roundtable PhD/DBA Curriculum Review

(Foto Diskusi bersama ahli panel roundtable. Di sebelah kiri saya ialah Prof Dato' Dr Adnan Alias, CEO Islamic Banking & Finance Institute)

Hari ini saya merasa bertuah kerana dengan kasih sayang ALLAH, saya diberi penghormatan menjadi ahli panel roundtable curriculum review program PhD/DBA/EMBA/MBA, Graduate Business School (GBS) UiTM.

Penghormatan menjadi ahli panel memberi saya ruang untuk memberi input agar IPTA ini mampu mengarap harapan menjadi Universiti bertaraf dunia. Sumbangan idea dan cadangan kecil ini sebenarnya adalah amanah yang besar, tentunya di tanya oleh ALLAH satu ketika nanti. Keikhlasan memberi pandangan dari sudut korporat/industri di harap dapat menjana semangat membina pemimpin hebat berjiwa mukmin. Gagasan memartabatkan Melayu perlu juga dirancang demi survival anak cucu yang bakal kita tinggalkan.

Walaupun roundtable ini dikelilingi oleh Profesor-profesor hebat, saya tidak merasa janggal untuk melahirkan idea. Mereka memberi saya penghormatan untuk menjana pendapat dan memperkukuhkan hujah bagi manfaat ummah. Jika inilah budaya yang di bawa oleh satu institusi menara gading, saya percaya Muslim Mukmin mampu menembusi angkasa untuk memperkukuhkan iman dan membuktikan kebenaran Qur’an.

(Foto bersama Dato' Naib Canselor UiTM - penyerahan buku BPHT).

Dengan rahmat dari ALLAH, tanpa perancangan saya dan Pengarah GBS, buku ”Bila Pintu Hati Terbuka” telah berjaya diserahkan kepada Dato’ Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Dr Sahol. Juga tanpa dirancang, ahli panel dan profesor-profesor memberi tepukan gemuruh ketika BPHT bertukar tangan. Penghormatan yang diberikan kepada kelahiran BPHT, memberi saya kekuatan baru untuk meningkatkan sumbangan saya kepada ummah.

(Foto bersama 2 orang penyelia/mentor tesis kedoktoran. Sebelah kanan Prof Dr Faridah Hj Hassan dan di kiri Prof Madya Dr Norhana Salamuddin).

Saya menyakini bahawa ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita tanpa kita sedari.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada Penyelia Kedoktoran saya Prof Madya Dr Norhana Salamuddin dan Prof Faridah Hassan yang turut sama hadir di majlis tersebut. (Nota Ridz: Penyelia ketiga iaitu Prof Kamil mempunyai komitmen lain). Juga terima kasih kepada Pengarah GBS, Prof Madya Dr Zuriah, Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Zaini dan Dekan FBM, Prof Dr Noormala dan semua warga akademik FBM yang turut sama memberi sumbangan idea di majlis roundtable itu.

1 comment:

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah, saya akan mendapatkannya di pasaran nanti buku dr dalam masa terdekat

insyallah