Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, February 7, 2010

Duit


Duit amat penting buat kita. Dengan duit kita boleh beli macam-macam. Duit juga boleh membantu kita mengumpul pahala. Orang yang berkira-kira pasal duit kita gelar ‘mata duitan’. Duit juga boleh membawa dosa.

Semalam mesyuarat pengurusan masjid berakhir jam 12.30 pagi. Berbagai isu yang dibincang. Ada ahli kariah tidak faham pengurusan dan masalah mentadbir masjid, menghukum pengurusan dengan tuduhan yang bukan-bukan. Mereka tidak memberi idea untuk memajukan, tetapi menghentam tanda mereka berjaya dan tercapainya ego.

Di permulaan mesyuarat, bila agenda muslimah dibincang, wakil muslimah mengsyorkan untuk membuat satu forum muslimah. Konsepnya dipersetujui. Bila di minta membentangkan program secara detail, wakil muslimah menyebut kos untuk menjemput seorang hamba Allah (muslimah) ialah RM500 sejam. MasyaALLAH , kenapa mahalnya?

Saya bertanya kembali, memberi ceramah di masjid perlu dibayar RM500 sejam? Kalau 2 jam =RM1,000? Saya berpendapat, perspektif ini perlu dibetulkan. Jika program ilmu di masjid dan surau, tidak perlulah demand sampai RM500 sejam. Penceramah perlu berkorban untuk agama. Jika berceramah di pejabat, di seminar, konferens, kursus atau di pejabat korporat okaylah dengan harga tersebut.

Sepanjang penglibatan membantu kariah membangunkan masjid, AJK Masjid belum lagi diberi sebarang elaun. Walaupun ada beberapa kali permohonan dimajukan, saya masih menolak permohonan sahabat-sahabat AJK Masjid. Perbandingan dengan masjid lain dimana AJK menerima elaun kehadiran mesyuarat juga saya tolak. Bagi saya, ianya bukanlah satu benchmark yang terbaik mengarap KASIH ALLAH. Lagipun, fitnah dan pemikiran jahiliah akan mula menyerang mereka jika permohonan ini diluluskan. FITNAH adalah satu perkara yang amat pahit (Buku BPHT membincangkan bagaimana untuk menguruskan FITNAH).

Disebalik usaha keras mereka membantu mengurus Masjid, mereka tidak menjadikan isu elaun sebagai faktor penting. Bila beberapa permohonan ditolak, mereka tidak bersungut malah terus bekerja walaupun secara part-time demi ISLAM dan usaha mentarbiah kariah. Mereka juga tidak buat bising, mereka tetap istiqamah dengan wawasan yang telah digariskan untuk kemajuan ummah. DUIT bukanlah motivating factor mereka bekerja keras. Saya memberi mereka satu keyakinan, rezeki dan kekayaan mereka berada di luar masjid bukan dalam masjid. Bila hati mereka benar, ALLAH akan memberi mereka rezeki ilmu dan keyakinan tinggi kepada ALLAH bila mereka istiqamah memajukan Masjid.

Kepada warga kariah Masjid Al-Munawwarah, hargailah mereka dan semua AJK masjid. Mereka bekerja keras untuk kejayaan bersama. Hulurkanlah cadangan dan bantulah dari sudut idea dan tenaga. Budaya menghentam atau blaming tidak akan membawa keuntungan.

Saya sentiasa menadah tangan agar saya dan rakan-rakan pengurusan Masjid sentiasa ikhlas dalam pekerjaan kami. Tiada siapa yang akan memberi nikmat melainkan nikmat Syurga ALLAH seperti yang dijanjikan. Sukar untuk menilai keikhlasan namun usaha gigih perlu sentiasa mantap mencari redha TUHAN. AMIN!

(Nota Ridz: Kepada penceramah muslimah tersebut, tidak perlulah caj hingga RM500 sejam. Belajarlah untuk mengikhlaskan diri kerana banyak lagi kerja yang tertangguh yang perlu kita bereskan….).

5 comments:

H@nn@H said...

:)
antara falsafah kat tempat keja "boleh berkira-kira tetapi jangan berkira"

Kamarulhisham bin Haron said...

sedih bila mendengar nilai yang begitu tinggi untuk menyampaikan dakwah di rumah Allah...mengapa begitu?

mamasherry said...
This comment has been removed by the author.
Hajah Zainab bt Abdullah said...

mahalnya!

ridz said...

Salam 4981/Kamarul & Kartini/ Kak Hjh Zianab,
Itulah dia realiti semasa. Masjid boleh menjadi tempat cari duit..