Hati saya tersentuh dan terharu menerima komen awal penerima BPHT.
“Tahniah Ridzwan, saya baru habis baca buku BPHT. Mudah-mudahan lebih ramai terbuka hati untuk mengejar ilmu.” Sms dari Prof Dr Norhana jam 1.37 pagi Jumaat 12 Feb 2010.
“Your book drive me to quickly submit my doctoral thesis, Thank you Ridzwan for your sincerity and excellent book.” – Rezianna
“Dr Ridzwan, satu buku yang hebat.” Azmi, AJK Masjid Munawwarah
“Wan, kakak baru dapat buku BPHT. Alhamdulilah satu perkongsian yang sangat relevan.” Kak Fauziah, Pensyarah Kanan IPTA.
Dua hari lepas saya menziarahi salah seorang penyelia kedoktoran saya, Prof Dr Muhd Kamil ketika beliau menginap di sebuah hotel di UiTM. Sudah lama sebenarnya saya tidak menemui beliau. Di kesempatan tersebut, saya menyerahkan 2 naskah buku BPHT untuk beliau. Beliau berpesan “Ridzwan, Teruskan menulis..”
Cuti Tahun Baru Cina ini saya manfaatkan sepenuhnya masa untuk menziarahi Ustaz-ustaz, guru-guru, pensyarah dan professor saya kerana mereka turut menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dengan penghasilan BPHT.
InsyaAllah saya akan terus menulis demi misi hidup dan jika idea masih diperlukan oleh masyarakat.
5 comments:
Assalamualaikum Dr.
Berapa harga buku ni?
salam dr ridz,
tak sabar rasanya nak tunggu buku tu ada kat kuantan!
Assalamualaikum,
Bahagia bila pintu hati terbuka utk NYA.
Salam Hj Sabri & mamawana
Harga Pasaran RM15. Harga member RM13 + Kos ekspress RM4.50 senaskah.
Untuk pesanan, sila email saya tigeridz@gmail.com
Salam Kak Nab,
BPHT akan tiba di Kuantan insyaAllah minggu pertama atau kedua Mac 2010.
Post a Comment