Pada hujung minggu baru-baru ini, saya berada di Kota Singa selama 3 hari. Di pusat bandar, pergerakkan rakyat Singapura kelihatan pantas mengejar sesuatu. Mereka begitu perihatin dengan masa dan produktiviti. Kemudahan awam mereka pula jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan kita.
Kesempatan ringkas ini, saya menziarahi pakcik saya yang sedang uzur. Beliau tidak lagi menjadi imam sebuah masjid di sana. Namun dalam keadaan sakit tua dan uzur itu beliau berpesan kepada saya supaya meninggalkan sesuatu untuk di warisi oleh pewaris ummah. Janganlah mengharap pengiktirafan manusia dan bersedialah untuk difitnah. Beliau amat mengharapkan agar umat Islam Msia mempertahankan kalimah ALLAH dan jangan biarkan apa yang sedang Melayu nikmati selama ini menjadi rentetan sejarah yang bakal dikutuk oleh generasi kemudian. Tiada siapa yang akan pertahankan Islam kecuali orang mukmin dan tiada siapa yang akan pertahankan Melayu kecuali bangsa Melayu (Nota Ridz: Ini tidak bermakna kita mengamalkan semangat assobiyah dan menekan bangsa lain di bumi Tanah Melayu). Usahlah dibiarkan generasi muda Islam hancur disebabkan kelalaian kita.
Semalam Isnin 1 Feb, saya menyelak akhbar Berita Harian Singapura. Di bahagian dalam dimuatkan komen Tun Mahathir ”Pemimpin Melayu sibuk menawan hati orang bukan Melayu, bangsa sendiri terabai.” Mungkin ada antara kita tidak bersetuju dengan komen Tun. Apapun, nilailah komen ini dari sudut positif kerana kegagalan kita adalah hasil dari usaha tangan kita sendiri. Bila pemimpin kita gagal memimpin Temasik, kita gave up dan melepaskan kuasa politik ke tangan orang lain.
Ketika berjalan di beberapa kawasan seperti Mustafa Shopping Center dan pusat membeli belah lain, kelihatan ramai anak muda Melayu bertatu, memakai skirt pendek, lelaki yang bertindik... mungkin kesan pemodenan dan globalisasi. Saya mohon ALLAH menghindari kesan ini ke atas umat di Malaysia (kesan ini sudah mula menapak di Msia). Cara jalan anak-anak muda ini berbeza, seolah-olah ujud kekosongan dalam hidup.
Apapun perjalanan akhir kita menuju perjalanan abadi, menuju cinta ILAHI. Kita perlu PELUK sekuat hati kepercayaan ini. Bila hati tidak dibuka, maka kepercayaan ini tidak mantap. Justeru berapa ramai orang-kita yang melanggar hukum TUHAN. Anak-anak muda hilang pedoman.
Hakikatnya, kita menumpang sebentar di rumah Pencipta kita iaitu rumah yang dinamakan bumi. Pintu Misi perjalanan abadi bila-bila masa akan dibuka oleh petugas ALLAH untuk kita. Kita akan dipersilakan pula memasuki ruang sempit barzakh sebagaimana sempitnya rahim Ibu. Ketika di alam rahim, kita diPELUK rapat oleh organ-organ ibu dalam perutnya. Di alam rahim, Kita diberi makan dan minum kerana kasih sayang ibu. Bila pintu barzakh dibuka untuk kita, tidak banyak maklumat yang kita ada. Kita tiada teman. Ibu pun tiada untuk memberi kita makan dan minum sebagaimana yang kita enjoy ketika dalam alam rahim.
Entri lalu saya menyentuh peraga fesyen dengan cara berjalan catwalknya. Mereka melakonkan misi orang lain. Di dalam kehidupan, kita tidak perlu menjadi seperti peraga fesyen. Kita perlu melihat sendiri cara kita berjalan dan mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap wawasan hidup. Ini adalah kerana HIDUP INI ADALAH HIDUP KITA. Kita perlu menjadi pelakon hebat untuk misi kita. Misi menuju alam abadi dipenuhi ranjau dan duri.
Kita lihat kehidupan kita. Bila misi tidak jelas atau misi hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri, maka ianya hanya membakar diri. Kita hangus dan tiada siapa mendapat manfaat bila kita terbakar. Maka, Tinggalkanlah sedikit manfaat untuk diwarisi generasi kemudian..ALLAHU AKBAR!
Ku tadahkan jemari kecil ini
”Ya ALLAH, janganlah KAU hanguskan kami di alam barzakh dan alam akhirat sebagaimana kami lalai dan hangus dengan kelalaian duniawi. AMin!
5 comments:
salam Dr Ridz,
kak nab pun takut tengok budak2 hari ini. mereka seperti tidak ingat akhirat..lebih menyedihkan lagi bila tengok yang berumur masih jugak tak ingat akan akhirat. kadang2 terdetik di hati, apakah mereka tidak ingat bahawa kematian itu pasti!
As-salam Dr,
Saya dibesarkan, bersekolah & tinggal di KL sehingga berumur 26 tahun. Pindah ke Melaka juga hampir 20 thn selepas berkahwin.
Sesekali pergi ke kwsn elit di KL/Bangsar... saya mengalami kejutan, mcm rusa masuk kg. Terasa mcm berada di negara mat salleh.
Melihat anak2 Melayu di bawah umur bergaya ikut fesyen semasa, hati menjadi sayu merasa kasihan kpd mereka. Diri mereka sebenarnya fitrah, memerlukan bimbingan. Mereka sebenarnya tak tahu apa2, cuma mewarisi gaya org dewasa.
Tidak mustahil jika Melayu kita akan menajdi seperti Melayu di nageara jiran.
salam dr
teringat kata2 yang dipetik dari seorg pejuang bangsa kita
"ada org yg rupa melayu, berkulit melayu dan segalanya melayu tetapi dukacitanya hatinya bukan melayu"
dato onn jaafar
Assalamualaikum Dr.
Kak Nor rasa pelik tengok anak2
sekarang yg tak tau mana baik &
burok, yg mana halal & haram.
Kadang tu rasa sedih pulak bila
teringatkan ibu bapa mereka.
Kasihan........
Kak Nor.
Salam Dr,
Tahniah, best entri ini. Sesuatu untuk renungan kita yang mempunyai anak-anak remaja.
Kehidupan saya tak banyak berbeza dengan Ina, saya lahir dan membesar di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Semua kena kuat, hati jiwa, perasaan dan iman di dalam zaman sekarang ini.
Post a Comment