Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, February 18, 2010

Pengisian Selamat Pagi Malaysia RTM

Foto bersama Prof Dr Muhaya (Dr Pakar Mata) dan Dato Aziz Satar

Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH jemputan untuk saya mengisi slot Selamat Pagi Malaysia telah berjaya dilaksanakan jam 8.50 pagi. Perkongsian singkat ini diharap dapat membuka tirai perkongsian-perkongsian seterusnya demi sumbangan medan dakwah bagi tahun 2010 ini.

Sebaik-baik sessi tamat dan bersembang dengan Dato Aziz Satar dan Sdr Nabil, saya menerima panggilan dari kawan, “Dr, saya menangis bila tiba-tiba Dr berdoa untuk ibu, semua ibu-ibu dan manusia yang bernama wanita.” ALLAHU AKBAR! Hakikatnya, saya tidak menyedari apa yang saya telah lakukan. Ianya kerja ALLAH, tiada di dalam skrip yang ingin saya kongsi. Ianya diaminkan oleh Pengacara slot Selamat Pagi Msia- Novelis terkenal Sdr Ramlee dan krew TV1.

Foto bersama Pengacara Selamat Pagi Msia, Sdr Ramlee.

Terima kasih RTM, Penerbit, Pengacara, Unit Solekan, Krew, Unit TV dan semua pegawai RTM kerana saya rasa benar-benar dihargai sejak saya tiba di Studio hinggalah saya pulang. Suasana benar-benar ceria dan positif.

Foto bersama Nabil- Sempat berjenaka, ada duit banyak2 segeralah kahwin dan tunaikan Haji. Lu Fikirlah Sendiri..

InsyaAllah minggu depan, saya akan mengisi lagi 3 perkongsian pengurusan diri.

7 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum,
Salam hormat tuan rumah. Seronoknyer baca entri ni. Tolong doakan mamawana pun nak gi Haji tahun 2010 ni. Itupun kalu diizinkan Allah swt. Amiin. Insyaallah.

mamawana said...

Assalamualaikum,
Salam hormat tuan rumah. Seronoknyer baca entri ni. Tolong doakan mamawana pun nak gi Haji tahun 2010 ni. Itupun kalu diizinkan Allah swt. Amiin. Insyaallah.

rosli said...

Salam Dr,

Saya percaya ramai yang menangis pasal doa ibu tu, buku tu saya bawak ke Bandung last week, bila my wife baca pasal ibu tu....dia pun sebak...kami terus pulang ke kg dia di Muar last week jugak sebaik pulang dari Bandung, yang tinggal emak dia saja....bapa dia dah lama tak ada.

Emak dan abah saya dah lama jugak tak ada. Dah lebih 15 tahun saya pesan pada kawan2 dan sedara mara yang lain....sementara emak ada baliklah jumpa mereka selalu....kalau dah tak ada nanti kita baru terasa. Saya sentiasa luangkan masa wpun singkat untuk mziarah kubur emak dan abah di Kg Batu Laut setiap kali saya pulang ke kg.....mmg sedih bila setiap kali Raya.

Bulan Disember lepas kakak ipar saya meninggal....anak bongsunya ada cakap "kalau boleh dia nak undurkan masa dan nak bermesra lebih dengan mama dia" saya sebak bila kenangkan semua ini.

alihassan said...

Salam Dr.

Tahniah Dr, kerana satu wadah lagi medan perjuangan dakwah dapat tembus. Semuga Dr diberikan kekuatan Oleh Allah dalam menyampaikan ilmu.
Terima Kasih Allah. terima kasih Dr

Anonymous said...

Salam ,
Uncle hari tu Fatin sempat singgah ke MPH and Popular di Sunway untuk mencari buku keluaran terbaru Uncle. Namun , Fatin tak jumpa. Maka , pencarian akan diteruskan lagi selepas peperiksaan yang akan dijalankan pada minggu pertama bulan Mac.
Ingatkan boleh la baca buku uncle sementara menunggu exam tapi tak dapat. So , redha je la :)

Best regards ,
NurulFatinHaq :)

Anonymous said...

Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!

Anonymous said...

Aku hanya ingin membuat komentar cepat untuk mengatakan saya senang saya menemukan blog Anda. Terima kasih.