Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, April 30, 2010

Ketika Minda Letih #3

Muhasabah: Melalui tightrope inipun susah, apatah lagi melalui titian sirat

Memasuki syurga tanpa hisab sudah tentu menjadi keinginan kita. Para ahli maksiatpun ingin masuk syurga. Ada juga yang bermadah untuk menunggu di pintu syurga.

Ketika bersarapan dengan seorang rakan, beliau menyentuh soal kematian. Bila beliau diuji dengan serangan jantung mengejut, tiada lagi kalimah yang diingati melainkan ALLAH. Beliau berkongsi cerita bahawa disaat kritikal itu, anak-isteri dan harta benda sudah tiada nilai. Memohon izin dari ALLAH supaya melanjutkan sedikit lagi usia agar boleh beribadah dan mengingati ALLAH adalah agenda penting. Dan ALLAH izinkan usia beliau dilanjutkan (belum ajal lagi).

Beliau menambah, setelah ALLAH mengizinkan untuk ’hidup semula’ , maka tabiat lama masih diamalkan. Qur’an berbicara bagaimana manusia di Yaumul Akhirah memohon kepada ALLAH untuk kembali ke dunia untuk beramal dan berzikir. Begitulah proses yang beliau lalui. Memohon kepada ALLAH supaya dapat dihidupkan untuk melakukan amalan. Justeru beliau sendiri mempersoalkan kemampuan diri untuk beramal setelah diberi peluang untuk ’hidup semula’.

Berikut saya turunkan hadis sambungan dari entri terdahulu,

”Maka berkatalah para sahabat, mungkin mereka yang tidak dihisab dan di azab ini adalah mereka yang rapat dengan Rasul s.a.w. Ada juga berpendapat mungkin mereka dilahirkan dalam Islam dan tidak melakukan syirik kepada ALLAH. Kemudian Rasul s.a.w menemui mereka lalu baginda bertanya apa yang sedang kamu bincangkan? Mereka menerangkan keadaan. Lalu baginda bersabda golongan yang tidak dihisab dan diazab itu ialah mereka yang tidak menggunakan jampi mentera, tidak meminta untuk dijampikan, tidak meramalkan perkara-perkara yang buruk dan hanya kepada ALLAH mereka bertawakkal. ”

Hadis Riwayat Muslim



Antara tabiat manusia yang dibenci ALLAH ialah melakukan perbuatan syirik. Di dalam buku HM saya berkongsi bagaimana kita tanpa sengaja melakukan perbuatan meletakkan illah lain selain ALLAH. Pangkat dan harta boleh menjadi Illah bila kita mendahulu kannya dari ALLAH. Mungkin kita pernah melewatkan solat kerana memburu pangkat dan harta. Mungkin kita mengutamakan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan dari tuntutan agama. Mungkin juga kita sibuk merancang membesarkan rumah dari membesarkan amalan.

Bila manusia menerima serangan jantung mengejut, ketika itu mungkin kita baru terfikir mengenai amalan kita. Kita seharusnya bersyukur kerana hari ini jantung kita masih berfungsi agar kita dapat melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Sebentar lagi muslimin akan melakukan solat Jumaat, maka hayatilah intipati khutbah. Bagi muslimat yang bekerja, isilah waktu break solat jumaat untuk mengadakan kuliah zuhur di pejabat.

Wallahalam.


mc

6 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Dr Ridz,

syukur kerana Allah SWT masih beri peluang pada kak nab untuk hidup...namun seringkala alpa utk memperbanyakkan amalan buat bekalan ke sana...nak kena tingkatkan lagi amalan, terima kasih di atas ingatan itu.

haji muda said...

salam kak nab,
Kalau jadi gi umrah ramadan, minta maklumkan dlm blog kak nab.

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Alhamdullillah, sebelum Jumaat tadi dpt disempurnakan majlis bacaan Yassin bulanan bersama anggota dan dpt memberi sedikit tazkirah mengenai konsep sedekah dlm skop yang lebih luas...bukannya hanya RM semata2. Yang paling mudah ialah memberikan senyuman iklas dari hati.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Sama2 la kita saling ingat mengingati dan mempertingkatkan amalan.

Terima kasih Ya Allah dan terima kasih Dr.
N3 yang menginsafkan.

Kak Nor.

Rosebud said...

Dr, Kadang terasa amal wajib dan sunat dah lengkap. Zikir sentiasa membasahi bibir semasa jam mahu pun di dalam LRT. Waktu ofis pula earphone melagukan ayat Allah. Namun saya kalah dengan dugaan...pasti ia menjadi hijab kepada amalan2 itu. Terasa semuanya pergi bagai debu. Buntu bagaimana harus ku tangani nya

haji muda said...

Salam Rosebud,
Kita adalah makhluk yg lemah. Dengan ingatan/tazkirah berterusan, kita mampu melakukannya