Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, April 19, 2010

Siapa Kata Melayu Tidak Pandai...?


Omokkan seolah-olah orang Melayu tidak pandai menjadi sinonim. Bangsa bukan melayu pula sibuk memburuk-burukkan Melayu yang telah banyak berkorban untuk berkongsi kekayaan di Tanah Melayu ini. Tidak kira samada mereka berada di Msia atau di luar Tanah Melayu ini, tabiat buruk bangsa ini tidak akan luput mengutuk Melayu.

Dalam buku BPHT saya nyatakan bahawa kita adalah bangsa HEBAT dan akan lebih HEBAT bila menjunjung perlembagaan ILAHI. Kita dimuliakan oleh ALLAH dengan Al-Qur’an. Kehebatan generasi al-qur’an terdahulu bersandarkan ilmu dan membina pengalaman serta kepakaran.

Hujah-hujah berikut membuktikan bahawa Melayu sebenarnya pandai juga:-

1. Dalam seminggu dua ini saya banyak menghadiri dan melihat sendiri bagaimana anak-anak pewaris ummah bersaing untuk merebut biasiswa/tajaan pelajaran ke luar Negara. Mereka memperolehi SPM dgn 11A, 10A, 9A dan 8A di dalam peperiksaan SPM yang baru sahaja diumumkan bulan lepas. Wajah mereka menunjukkan mereka adalah anak-anak cerdik yang perlu kita bina.

2. Pengalaman saya memberi ceramah di sektor korporat dan seminar perniagaan di Malaysia dan Singapura membuktikan bahawa Melayu adalah bangsa yang mampu bersaing. Mungkin ada antara Kita membuat andaian bahawa Melayu adalah bangsa yang pasif dan jarang-jarang bertanya. Pengalaman saya membuktikan bahawa bangsa lain pun sama juga. Mereka juga tidak banyak bertanya bila sesi soal-jawab dibuka. Jadi, apa hebatnya mereka jika dibandingkan dengan kita?

Bagi menjamin masa depan anak-anak Melayu ini, blog HM mengharapkan agar kerajaan melalui JPA dan institusi Melayu seperti MARA serta badan/agensi Islam seperti Baitulmal/ Pusat Zakat dapat memainkan peranan yang lebih aktif untuk menaja anak-anak Muslim Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Institusi Kewangan Islam seperti Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat dll perlu juga membuka peluang menaja cerdik pandai Islam-Melayu untuk menguasai ilmu di luar negara. Apa guna untung ratusan juta RM jika tidak dilaburkan untuk mencipta kecemerlangan ummah melalui pendidikan.

Kita tidak merampas hak orang di negara ini, tetapi kita pertahankan hak kita. Jika kita tidak berusaha pertahankan hak kita, maka siapa lagi akan lakukannya?

Moga ALLAH mengizinkan anak-anak pewaris ummah ini terus maju dan menjadikan AL-Qur’an dan sunnah sebagai panduan hidup.

11 comments:

rezeki said...

salam dr

mmg betul , melayu tidak sebodoh yg sesetengah org lain sangkakan

kalau kita tak pertahankan hak kita, siapa lagi kan?

dan utk menjadi bangsa melayu yang cemerlang mestilah diiringi dengan ilmu akhirat dan mengamalkannya
kerana saya risau kerana sekarang dah mula kendengaran istilah "melayu islam" , tu bermaksud ada melayu yg dah tak islam lagi

Anonymous said...

salam dr,
sokong sesangat agar Tabung Haji menaja anak-anak cerdik ni ke Universiti khasnya Universiti Mekah/Madinah yang menaja program2 profesional,sorang hafiz dan profesional.jangan asyik fikir untung aje tambang nak pergi haji naik juga.macam2 alasan yang diberi
orang kg macam kami ni tak tahu apa,iayakan aje..

Anonymous said...

Assalamualaikum wrb,

Dr Ridzuan, izinkan saya berkongsi pandangan. Setiap insan ada potensi dan berkeupayaan termasuklah kita orang Melayu. 'Sikap' dan 'cara pemikiran' yang positif sangat penting dalam membangunkan bangsa Melayu. Kita perlu berfikiran terbuka dan proaktif- merenung, belajar dan mengambil yang baik dari bangsa lain dan bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang ada...InsyaAllah semoga kita semua dirahmati Allah SWT...

Salam hormat dari Austria,
Sharifah

haji muda said...

salam rezeki,
Setuju! Bangsa cemerlang mesti diiringi dgn ilmu akhirat.

haji muda said...

salam sdr/i anonymous,
Saya juga terharu bila ramai anak2 kampung yang pandai2 tetapi tidak mampu melanjutkan pelajaran. Terkilan hati bila bertemu anak2 pandai ini yang terpaksa berkorban untuk membantu ayah-ibu di kampung. Selanjutnya, tidak kiralah samada mereka belajar di Uni Islam Medina atau Umul Qura atau mengambil jurusan profesional di Harvard atau Oxford, mereka perlu mengikut acuan didikan Islam. Di sudut lain pula, bila kos haji meningkat orang kampung juga teraniaya. Saya ada idea dan formula untuk melakukan perubahan, tetapi saya tiada kuasa politik utk bersandar. Moga ALLAH mengizinkan idea2 ini dilaksanakan.

haji muda said...

Salam Kak Dr Sharifah,
Camne suasana Muslim di Austria? Letupan di Iceland affect Austria ke? Buku HM dan BPHT dah terima?

Saya setuju dgn pandangan KAk Dr. bahawa pertama, kita mesti muhasabah diri kita dahulu. Kedua, kita mesti juga mempelajari perkara baik yg dibuat oleh bangsa lain. Barulah Islam_Melayu boleh GAGAH. InsyaALLAH kita akan usahakan untuk membuat perubahan ini.

Kak Amy said...

As'salam...saya datang membalas kunjungan..terima kasih ya...sekarang saya sudah menjadi follower anda...

Karya Bestari said...

Alhamdulillah syukur kepadaNYA... Suka dengan topik ini, sewajarnya badan -badan tertentu perlu mengambil peluang ini untuk membina tamadun yang bijak tetapi tidak meninggalkan ASAS KEISLAMAN. Ada juga orang Melayu yang pandai dapat 11A, 10A, 8A tapi miskin dengan budaya MELAYU YANG ISLAM. Sama-samalah kita berdoa agar generasi yang akan datang tampil hebat dengan pendidikannya dan juga mantap dari segi peribadai ISLAMnya... Amin...

Anonymous said...

W'salam Dr Ridzwan,

Salam & greetings from Austria.
Alhamdulillah, buku HM dan BPHT dah selamat diterima,tk. InsyaAllah akan dibaca bila balik bercuti nanti- tak sabar menunggu bulan depan).

Di Vienna ramai juga orang-orang Turki. Alhamdulillah, tidak susah mendapatkan makanan halal. Terdapat masjid dan beberapa surau di sekitar Vienna. Di sini bahasa rasmi ialah bahasa Jerman.

Berikutan letupan gunung berapi di Iceland, airport di Eropah termasuk di Vienna 'lumpuh'- k/terbang 'grounded' dan urusan penerbangan menjadi 'kacau-bilau' (kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan!). Kelmarin airport di Vienna dibuka semula tetapi tidak untuk semua penerbangan. 'Travellers' masih perlu 'monitor' dan memasang telinga sebelum ke mana-mana....Situasi masih belum stabil.

Begitulah lapuran dan cerita dari sini, Dr Ridzwan.

Salam hormat,
Sharifah

Anonymous said...

ini pandangan hamba yang dhaif...Pelajar Melayu Muslim yang cemerlang seperti lepasan SPM sebaik2nya dihantar ke negara2 seperti Mekah dan Madinah.Mereka lebih selamat di sana.Kita harus sedar Barat sentiasa ingin menyekat kemajuan anak2 Muslim,mereka sentiasa mencari peluang agar anak2 yg menjadi harapan bangsa dan agama tidak berjaya dlm kehidupan.Tetapi apabila umur mereka makin matang dan akidah kian utuh,tidak salah mereka ke negara Barat untuk mencari ilmu.Ramai anak melayu yang muda2 ni hanyut di negara Barat. Kesian..

Abu Samah said...

Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


salam ziarah,

http://www.gadismelayuboleh.com