

Pegawai bertugas menjemput saya di apartmen tepat jam 8 pagi Jumaat 18hb Feb 2011. Di dalam kereta saya berpesan kepada pegawai bertugas untuk menjemput saya jam 11.40 pagi untuk ke MAsjid bagi menunaikan solat Jumaat (Zuhur jam 12:03 tgh).
Saya memberitahu pegawai bertugas,  “Could you  please inform  the mosque  that  I wish  to  deliver  Friday  Khutbah.  Please arrange  this noble intention.”  
“No Dr, you should not go to Shiee mosque!”
“Why?”
“They will not welcome you,  after all  the khutbah in syiee mosque is too long.”
"They will not welcome me??, soalan terkejut dan tergantung. Kami sama-sama diam.
Akhirnya, saya di bawa ke MAsjid Sunni di Pulau Peranginan  ini.  Masjid Sunni ini kelihatan uzur  jika dibandingkan dengan Masjid Syiah yang besar dan kelihatan  cantik/mewah.   Setibanya saya di lobi Masjid, saya disambut oleh dua pegawai Masjid.  Selepas berwudu’  pegawai ini menyatakan bahawa  saya tidak dibenarkan memberi  khutbah Jumaat.  Ada beberapa sebab yang beliau nyatakan  (yang tidak dapat saya kongsi di blog ini).  Selepas berwuduk, saya melangkah untuk ke Dewan Solat.  Ketika itu Imam sedang memulakan membaca  Khutbah.  Jamaah Sunni  sudah penuh di dalam dewan utama Masjid.   Pun begitu saya menerima satu kejutan.  Saya diiring  menuju  terus ke  saf hadapan di dalam dewan berdekatan mimbar Masjid.
“ALLAHU AKBAR! Malunya saya disisi ALLAH!”
Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima layanan sebegini.
Saya tidak pernah meminta diiring sebegitu rupa untuk  mengambil hak orang yang datang lebih awal ke Masjid.  Mungkin  itulah agaknya  budaya  golongan Sunni di Iran  meraikan tetamu mereka. Saya tidak selesa dilayan sebegitu rupa. Saya tidak gemar melangkah jamaah berpuluh saf semata-mata untuk ke Saf pertama. Rupa-rupanya tempat istimewa telah disediakan untuk saya. Saya cuma mampu beristighfar...
"Bukankah seronok jika kita semua diberi peluang dan diiring untuk masuk ke dalam Kaabah, Hijir Ismail, Raudah dan mengucup Hajar Aswad...?"
“Bukankah seronok, jika petugas syurga ALLAH,  menjemput dan mengiring kita menuju  FirdausNYA yang hebat itu?”………………
 
 
 
3 comments:
Dr, jauh perjalanan luas pengalaman..kadang2 ilmu melalui pengalaman lebih bermakna daripada ilmu yg dpt melalui pembacaan dan di bilik kuliah..
Entry ini membuat air mata saya berlinang Dr, ...sgt menyentuh. iringan kebaikan rahmat Allah di dunia untuk kebahagiaan akhirat...insyaallah
Assalamu'alaikum Dr.,
Bahagia dan bersyukur kerana mendapat tempat dihati mereka. Allah jua yg mengetahui diatas tindakan mereka lakukan ke atas Dr. sehingga menyentuh jiwa. Masya-Allah nikmatnya, dan semoga kenikmatan ini juga di akhirat kelak.
Post a Comment