Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, May 31, 2011

Potensi Diri


Kita semua sedia maklum bahawa ALLAH menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baik kejadian. Tuhan menciptakan setiap hambaNYA dengan potensi diri yang berbeza-beza. Yang pasti, ALLAH mahu kita menjadi KhalifahNYA di mukabumi agar berkongsi potensi untuk kesejahteraan diri manusia dan alam sejagat.

Kita manusia amat lemah. Kita kadang-kadang lupa dengan potensi yang kita ada kerana sukar untuk cermin diri. Kita sentiasa melihat potensi diri orang lain. Akhirnya, kita berpuas hati dengan apa yang kita ada.

Saya sering meningatkan anak-anak kecil saya dan rakan-rakan supaya tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. (Nota: Ini bukan bermakna tidak bersyukur). Ini bererti, kita tidak boleh membiarkan potensi enjin jet turbo yang kita miliki Cuma dipandu di lebuhraya dengan had kelajuan 110km/j. Jika kita biarkan diri berpuas hati dengan apa yang ada, maka tidak lama lagi kita akan terjun ke alam ‘zon selesa’. Akibatnya, di pejabat kita tidak produktif, di Universiti CGPA pelajar pula cukup untuk survive dan didompet pula cukup untuk hidup. Kita akan tidak berdaya saing.

Begitulah juga dengan amal kita. Esok lusa kita akan bertemu Tuhan sekelian alam. Janji bertemu dengan Tuhan sudah lama kita buat, Cuma tunggu masa jemputan khas hadir di depan mata. Jika kita berpuas hati dengan solat kita sahaja tanpa tambahan-tambahan lain, maka kita telah mensia-siakan potensi kembali menemui ALLAH dalam mutmainah.

Hanya beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. ALLAH menyediakan ruang untuk kita memasuki ‘zon bulan-bulan Spa-Hati’ kerana ALLAH tahu kita banyak mensia-siakan hidup dan potensi beramal yang kita lekakan.

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”


Monday, May 30, 2011

Perkongsian




Tuan/Puan/Sdr/Sdri dijemput untuk menghadiri ceramah perkongsian saya seperti berikut:-

Tarikh: 31 Mei 2011 (SELASA)
Masa : 7.30mlm - 8.30mlm
Tajuk : Mengendong Potensi: Duhai Mahasiswa/i Izinkan Hati Berbicara
Tempat : Masjid Multimedia Universiti, Cyberjaya


Tarikh: 1 Jun 2011 (RABU)
Masa: 7.30mlm - 8.45mlm
Tajuk: Transformasi Diri Melalui Perspektif Haji/Umrah
Tempat: Surau Platinum Al-Mawaddah , Seksyen 7, Shah Alam.

Moga perkongsian ini bermanfaat.


Friday, May 27, 2011

Terima kasih

Assalamualaikum,

Alhamdulilah saya bersyukur kepada ALLAH kerana kutipan Dana RB melalui platfom buku Rindu Baitullah telah mencecah RM408. Sasaran saya adalah untuk mengumpul RM1,000 menjelang Ramadan yang akan datang untuk dimajukan ke Pusat Tahfiz/anak yatim. Walaupun progress hanya 40%, sokongan tuan/puan selama ini amat saya hargai. Ini juga memberi makna, saya perlu bekerja keras untuk memenuhi sasaran RM1,000 ini.

Saya turut menghargai sumbangan individu-individu tertentu yang membeli dan membayar buku Rindu Baitullah lebih dari harga pasaran. Sumbangan ikhlas mereka hanya ALLAH yang akan mengiktirafnya.

Terima kasih.


Friday, May 20, 2011

Aktiviti 20 Mei 2011

Alhamdulilah dengan izin ALLAH dua perkara penting telah saya laksanakan hari ini:-

1. Bersarapan pagi dan Berdiskusi dengan Ustaz Zamri (IKIM) mengenai persoalan Haji/Umrah disamping persoalan-persoalan dakwah. Banyak perkara dibincangkan khususnya dalam aspek sokong menyokong atas usaha murni membina diri sendiri dan ummah.

Adakah perlu kami melakukan 'hijrah'? turut dibincang sebagai satu option utk kami explore......

Untuk pengetahuan tuan/puan, ustaz Zamri turut membantu menjayakan buku Rindu Baitullah dengan menulis prakata dan menyemak beberapa bab dalam buku Rindu Baitullah. Guru-guru/ustaz-ustaz dan Profesor-profesor tidak saya ketepikan di dalam memberi penghargaan kepada mereka di dalam proses menyiapkan buku RB khususnya ustaz Khusrin, ustaz Shamsudin, ustaz Khairi, Prof Kamil dll.


2. Mengisi jemputan Universiti Multimedia Cyberjaya untuk memberi Khutbah Jumaat dengan pengisian membina masyarakat mithali melalui ilmu. Antara perkara yang ditekankan ialah Usah jadikan skrol Ijazah, Masters atau PhD sebagai matlamat tetapi mengajak jamaah untuk mengejar dan menimba seberapa banyak ilmu ketika di menara gading. Kemudian sama-samalah kita melahirkan muslim scholars di dalam pelbagai disiplin ilmu yang luas itu (perkara ini ditekankan di dalam perkongsian buku Bila Pintu Hati Terbuka).


Moga ALLAh sentiasa memelihara kami di jalan ini dan tidak tergelincir dari jalan dan uslub dakwah. Amin!

Tuesday, May 17, 2011

Kejar Pangkat

Bila kita sibuk mengejar pangkat (mendaki corporate ladder) ,
maka ramailah yang kita akan pijak.....

Assalamualaikum,

Alhamdulilah ALLAH mengizinkan kita bertemu lagi di blog kerdil ini. Moga ALLAh mengizinkan kita untuk terus berhubung di alam maya ini biar jauh manapun kita berada.

Kita sering mendengar cerita atau melihat sendiri manusia-manusia yang rakus mengejar pangkat dan harta. Ada juga menggunakan khidmat bomoh supaya dipilih mengisi sesuatu jawatan. Tidak kurang juga yang melobi, menonjolkan diri hatta menjaga hati isteri bos agar mendapat laluan ekspress merebut sesuatu jawatan.

Kelmarin, ada seorang teman menelefon saya menyatakan kekecewaan dan geram kerana tidak dipilih mengisi jawatan yang diidamkan. Setelah berhempas pulas melobi dan menjaga bos, akhirnya jawatan yang direbut di isi oleh orang lain. Semua orang dipersalahkan termasuk bos sendiri. Lebih dahsyat tuhan turut ditarik sama untuk disalahkan. Saya sekadar mendengar. (nota: jika hamba ALLAH ini membaca buku Bila Pintu Hati Terbuka, beliau akan temui tips menangani perkara ini).

Belum sempat saya memberi pandangan, saya menerima sms dari sahabat saya al-fadzil ustaz Dr Zahazan yang berbunyi, “Taqwa adalah menjauhkan diri kita dari perkara-perkara yang menjauhkan diri dari ALLAH.” SMS tersebut tepat pada masanya.

Ya, Taqwa sepatutnya menjadi sandaran hidup kita.

Bila pangkat menjadi priority, maka himpunan kekecewaan mula memasuki uncang hati. Sebab itu (nota: pada hemat saya) jika bos-bos mementingkan pangkat dan mengejar harta ianya hanya bakal melahirkan anggota bawahan yang turut saya kena tempias mengejar duniawi (kecuali jika mereka melanggar arus).

Di dalam organizer peribadi, saya catatkan satu perkara penting untuk saya baca dan fahami setiap pagi iaitu

“Kerja kerana ALLAH; JANGAN kejar pangkat!”

Ungkapan mudah ini sentiasa mengingatkan saya setiap pagi sebelum membuka organizer untuk melihat temujanji dan perkara yang perlu diberes pada hari tersebut.

Apapun takwa adalah teras untuk kita melalui onak hidup.

Diakhir bicara, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan saya ini agar tidak perlu rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Dunia ini tidak akan kiamat dengan satu kekecewaan. ALLAH memberi lorong ilmu dan pengalaman untuk kita lalui.

Dr Abdullah Al-Qarni menyebut bahawa takwa tidak boleh seiring dengan nilai bukan takwa. Maka kita perlu sama-sama berusaha meningkatkan takwa khususnya bulan-bulan istimewa Rejab, Syaaban dan Ramadan yang hanya beberapa hari sahaja lagi bakal menghadirkan diri.


Tuesday, May 10, 2011

Jamaah Umrah

Alhamdulilah, hari ini saya telah berjaya menguruskan beberapa jamaah untuk menunaikan Umrah. Grup kali ini lebih kecil dari Grup bulan Mac kelmarin. Saya merasa puas dan gembira dapat membantu mereka merealisasikan impian untuk menyebut "Labbaikallahuma labbaik.....HambaMu datang ya ALLAH...."

Suasana di KLIA agak tenang sungguhpun jamaah umrah ramai. Keadaan sesak tidak berlaku seperti umrah MAc 2011 lalu. Pun begitu, jamaah diingatkan supaya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran emosi kerana jamaah umrah dikehendakki mendarat di Hajj Airport Jeddah. Hajj Airport ini agak sedikit daif , proses imegresen yang lembab dan cuaca yang semakin panas.

Moga ALLAh memberi mereka umrah terbaik, menerima keampunan ALLAH, diberi hadiah istimewa dan mampu pulang untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Amin.

Rindu Pada Baitullah sentiasa membara......

Friday, May 6, 2011

Kisah Basikal

Baru-baru ini saya menerima pandangan isteri untuk mencari tukang kebun bagi membantu kerja-kerja diluar halaman, mencuci kolam ikan dan kebun kecil tanah di belakang rumah.

Urusan ini Nampak mudah tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya secara sendirian. Di dalam pengurusan moden, kita istilahkan sebagai kerja-kerja ‘outsourcing’ . Maksudnya, kita serahkan urusan tertentu kepada seseorang/organisasi supaya kita boleh focus kepada perkara yang lebih penting.

Ketika membersihkan belakang rumah, tukang kebun ini bertanya kami,

“Basikal ni Encik tidak pakai ke? Nampak masih elok dijaga” Merujuk kepada 3 buah basikal anak-anak saya.

Kami menjawab “Masih guna tetapi jarang pakai. Ruang jalan kawasan perumahan memerlukan penyeliaan orang dewasa untuk kanak-kanak bermain basikal. Perangai buruk pemandu rakyat Malaysia juga tingkah laku sesetengah jiran tidak menyakinkan kami akan keselamatan anak-anak.”

Maka berkatalah tukang kebun ini,

“Kalau jarang pakai, boleh Encik jual sebuah untuk saya beli?”

Beliau menambah, “Dua bulan lepas, anak saya berusia 5 tahun meminta sebuah basikal. Tinggal di persekitaran kampong mengizinkan anak-anak saya bebas bermain. Dalam keadaan kawan-kawan anak-anak saya bermain basikal, anak-anak saya pula Cuma berlari mengejar basikal kawan-kawannya.”

“Saya tidak mampu Encik….. Gaji saya Cuma RM680 sebulan, isteri tidak bekerja dan anak-anak makin besar. Satu malam, saya termenung sendirian dan menangis memikirkan takdir yang ALLAH tentukan kepada saya. Saya menangis sebab saya tidak mampu membeli basikal untuk anak-anak saya.”

Subhanallah…. Hati dan jiwa saya dan isteri tersentuh ketika itu. Dikala orang lain sibuk melanggan ASTRO Beyond yang tidak bersifat dharuri dalam pengurusan ekonomi rumahtangga muslim, wujud pula insan dhaif yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Subhanallah… Maha Suci ALLAH, ampunilah kami yang lalai ini yang hampir lupa kepada saudara muslim dhaif .

Dengan lain perkataan, di dalam keadaan dana BaitulMal dan Pusat Zakat bernilai jutaan RM, masih ada lagi hidup di bawah paras kemiskinan.

Saya pantas beritahu isteri saya,” Bagilah ketiga-tiga basikal kepada si tukang kebun ini. ANak-anak dia lebih memerlukannya dari anak-anak kita.”

Bila isteri saya maklumkan si tukang kebun ini, beliau terkejut, “Puan, saya Cuma minta satu sahaja untuk dibeli. Tapi puan beri 3 basikal tanpa perlu bayar apa-apa. Macammana dengan anak-anak Puan nak main basikal?”

Isteri saya menjawab, “Tidak mengapa. Urusan rezeki adalah urusan Tuhan. Kami gembira dapat membantu abang dan mengembirakan anak-anak abang.”

Keesokkannya, beliau datang dengan jiran menaiki kereta kancil untuk membawa pulang 3 buah basikal. Naik kereta kancil untuk bawa 3 buah basikal?

Itulah kenyataan kehidupan. Saya lihat diraut wajah si tukang kebun ini terpancar kepuasan menunaikan hajat anak-anak tersayang. Ucapan “Terima kasih” melambung-lambung untuk kami lantas kami menyampuk,”Ucapkanlah Terima kasih, syukur kepada ALLAH yang mengizinkan pertemuan kita. Dialah yang memberi rezeki dan membuka hati manusia untuk membantu.”

“Jangan putus harapan untuk hidup. Berbaik sangkalah dengan ALLAH. Arwah ayah saya juga hidup susah, sebagai buruh. ALLAH akan beri rezeki dengan berbagai-bagai cara. INsyaALLAH.”

Maka teringatlah saya akan Bab The Power of Niat didalam buku Rindu Baitullah (RB). Kekuatan yang ALLAH beri dengan niat yang ikhlas, bagi menarik rezeki….

Wallah’alam.


Wednesday, May 4, 2011

Pengumuman Pesanan Rindu Baitullah

Assalamualaikum,

Alhamdulilah batch pertama lebih kurang 50 buah naskah buku Rindu Baitullah telah saya poskan semalam dan hari ini. Saya sedang proses Batch kedua dan akan poskan dalam sehari dua ini.

Bayaran buku tersebut bolehlah dikreditkan ke Akaun saya seperti berikut:-

Nama Bank: Maybank Islamik
No Akaun: 162441025583 Ridzwan Bakar

Harga buku RB RM16, BPHT RM15 dan Haji Muda RM19.
Kos Penghantaran: Sila lihat kotak Pos Ekspres samada RM6 atau RM4.50 .
Untuk pesanan lebih 3 naskah, penghantaran dibuat melalui parsel Pos.

Sila email saya tigeridz@gmail.com sekiranya buku telah diterima dan bayaran ke Akaun Bank di atas sudah dilakukan.

Oleh kerana saya tidak mempunyai stok untuk buku Haji MUda, maka saya tangguhkan dahulu penghantaran buku tersebut dan telah menguruskan penghantaran buku RB dan BPHT. Saya mohon maaf kepada saudara/i yang memesan buku Haji Muda (saya akan uruskan sebaik-baik stok buku Haji Muda saya perolehi).

Sebagaimana komitmen saya dengan sokongan tuan/puan, RM2 hasil jualan buku Rindu Baitullah akan saya masukkan ke Dana Amal RB yang akan kita dermakan ke Pusat Anak Yatim/Tahfiz.

Moga amalan yang kecil ini akan meringankan beban kita di Hari Mahsyar dan perjalanan Alam Barzakh yang bakal kita lalui.

"Ya ALLAH, terimalah amalan kami ini dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang ikhlas dan sabar." AMin..


Ukhuwah Berterusan Bersama Prof Kamil


Jalinan kasih sayang hamba dengan Tuhannya perlu sentiasa diperkemaskan. Di kala hamba sentiasa lalai, ALLAH tetap mengasihi hambaNYA selagi kita tidak mensyirikkanNYA.

Dengan jaringan kasih sayang ini, ALLAH mengizinkan saya bertemu dengan Prof Kamil yang amat dikenali ramai. Pertemuan yang tidak dirancang, diizinkan ALLAh; sedangkan beberapa perancangan pertemuan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa faktor kelemahan diri.

Kami bertemu sebentar tadi (Selasa 8.30 malam) diikuti dengan makan malam di Hotel UiTM Shah Alam. Diskusi kami berjalan melebihi satu jam dimana persoalan kehidupan dapat dikupas secara bersama. Saya menyokong penuh hasrat beliau untuk berhijrah ke Madinah dan meninggalkan hampir semua nikmat duniawi yang beliau miliki sekarang ini. Ianya adalah pengorbanan besar seorang hamba untuk mendekati Al-Malik Pemilik dan Pentadbir alam.

Di dalam penulisan saya sebelum ini, banyak kali saya nukilkan bahawa saya amat mencintai Madinah. Madinah adalah sebuah Bandar yang tenang. Di dalamnya dijanjikan ‘syurga dunia’ yang damai yakni – Raudah. Ianya hampir sekali dengan makam kekasih ALLAH , Muhammad s.a.w.

Salah satu faktor saya berhijrah ke Universiti Multimedia (dipinjamkan) adalah untuk membawa hati dan diri saya hampir dengan Madinah. Sekiranya ALLAH mengizinkan hasrat hati dan doa saya, InsyaALLAH saya juga akan mengambil langkah yang sama iaitu berhijrah ke Madinah.

Di akhir pertemuan, InsyaALLAH kami komited dengan apa yang kami usahakan biarpun jalan ini ditaburi dengan mehnah dan fitnah. Selagi ALLAH mengizinkan kami terus bernafas, kami akan lakukan yang terbaik untuk mendekati masyarakat dengan pendekatan dakwah tersendiri mengikut garis uslub dakwah.

Rindu Baitullah dan Rindu Madinah bukanlah rindu yang dibuat-buat

Ianya lahir dari hati insan yang mencari sesuatu dalam hidup

Yang tidak mungkin mampu diberi mahupun dibeli….