Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, November 15, 2011

Bila VISA tiada....


Saya bergegas menuju ke KLIA selepas tamat sessi strategic planning di sebuah hotel di Subang. Saya perlu tiba ke destinasi seterusnya. Setibanya di destinasi di utara Semenanjung, saya menaiki sebuah teksi untuk menuju ke tempat penginapan.

Pemandu teksi ini menegur saya, “Dr Ridzwan kan?” Saya jawab “Ya”.

“Alhamdulilah, berjumpa lagi kita. Saya rasa sudah lebih enam bulan kita tidak bertemu”, beliau menambah.

“Tapi wajah Dr kelihatan penat.” Beliau meneruskan bicara.

Saya memberi respon, “Tidak mengapa penat di dunia. Yang penting kita kena berusaha menyediakan VISA untuk memudahkan urusan di alam barzakh dan titian sirat nanti.”

“Jika kita keluar Negara, VISA dapat memudahkan urusan di kaunter imegresen sesebuah Negara. Mereka tidak akan bertanya banyak jika ada sticker VISA pelawat/pekerja. “ Saya meneruskan bicara.

Saya memanjangkan cerita, “Abang, dua minggu lepas saya ke Dubai dan berhasrat untuk masuk Madinah untuk ziarah Rasul s.a.w. Tetapi permohonan VISA saya tidak diluluskan dengan pelbagai alasan. Namun saya faham kerana keutamaan ketika itu ialah pihak Saudi perlu focus kepada jamaah haji. Jadi, bila VISA tiada, tidaklah dapat saya menziarahi Madinah. Rugi rasanya….”

Cubalah kita sama-sama fikir, jika VISA kita tidak mahu dipandang atau VISA kita dicampak oleh pihak imegresen selepas kita beratur panjang…

Dan cubalah kita sama-sama fikir bila kita melalui proses menyemak akidah dan amalan ketika di alam barzakh dan titian sirat nanti. Kita mengharapkan para malaikat yang bertugas tersenyum melihat VISA kita sebelum soal-jawab kubur dan laluan titian sirat yang mencabar itu.

“Dr, saya nak berkongsi satu cerita.” Tambah abang teksi ini.

“Dua hari selepas Raya Haji, saya dikejutkan dengan kematian rakan saya berusia 41 tahun.”

Saya terkejut, “41 tahun!”

“Ya Dr, muda lagi! Pada malam sebelum meninggal, kami bersembang di kedai makan dan beliau kelihatan amat ceria. Mengikut cerita maknya, beliau tiba di rumah sekitar jam 12 malam, bersandar di sofa sambil membaca akhbar. Kemudian adik lelaki beliau menegur kawan saya ini. Lebih kurang jam 1 pagi, adik beliau mendapati abangnya sudah tiada lagi. Meninggal di atas sofa. Sungguh mudah beliau meninggalkan alam ini.”

Saya terdiam di kerusi belakang teksi. Cerita abang teksi ini merupakan muhasabah terbaik untuk saya pada malam minggu itu. Tiada lagi perbualan. Teksi dipandu tenang menuju destinasi saya pada malam itu….

Bila VISA tiada…..

atau maklumat VISA tidak lengkap, sudah tentu petugas alam barzakh akan mencampakkan VISA kita. Kita Kena kuarantin dan bakal ditanya dengan berbagai-bagai soalan…….

“Ya ALLAH. Ampunilah kami dan terimalah semua amalan kami agar maklumat VISA kami lengkap untuk disemak nanti. Amin”



3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Sangat menginsafkan.....

Teruskan berdakwah, akak sentiasa mendoakan semuga Dr& famili sentiasa dalam lindunganNya.....:~))

Kak Nor.

Mak Wan said...

Assalamualaikum Dr

Menginsafkan..takut kalau2 visa dicampakkan...........
Ya Allah ku mohon redhaanmu ,ya Allah ku mohon syurgamu
syukrsn Dr....

Naz Mohamed said...

Analogi yg menarik yg tidak pernah terlintas di fikiran. Utk ke syurga juga perlu ada wasilah. Apa makna wasilah?