Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, November 28, 2011

Salam Hijrah

Bersedeqah akan membebaskan fikiran kita dari kegelisahan dan kemurungan.....


Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH saya telah selamat kembali ke tanahair malam semalam. ALLAH memberi saya pengalaman dan nafas baru untuk meneruskan apa yang saya yakini demi ummah tercinta. (InsyaALLAH saya akan menulis panjang beberapa topik penting mengenai perjalanan yang ALLAH rancang untuk saya).

Terima kasih kepada Pak Herry & isteri, Pak Asep & Ibu Rina Marlina wakil rakyat Provinsi Dewan WEst Java, Kepala Kantor Pemerintah, Bank Syariah, Pn Zakiah, isteri dan anak saya yang bersama-sama membantu saya dari sudut sokongan logistik hingga ke sokongan emosi.

SEtibanya saya di LCCT, saya menerima telefon dari seorang rakan lama.

Katanya "Wan, fikiran aku kusut."
Saya bertanya kembali "Mengapa jadi begitu?"
Tambahnya, "Terlalu banyak perkara yang merisaukan."

Maka saya berkata ringkas," Hulurkanlah sebarang RM1 atau RM2 untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Jika ada lebih RM, lebih baik. Bersedekahlah dengan ikhlas hati kerana Rasullulah s.a.w melakukannya setiap hari."

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maa Hijrah kepada semua pengunjung blog ini.

Doa dan harapan saya Moga ALLAH terus memberi kita kekuatan untuk bersatu hati membina ummah tercinta ini. Biarpun kita dihimpit oleh pelbagai persoalan nikmat duniawi, namun ianya tidak membebaskan kita dari tuntutan pelaksanaan khairu ummah.

Sempena dengan hijrah ini, ayuhlah kita sama-sama berhijrah untuk selalu melakukan semangat bersedekah setiap hari.

Nota: InsyaALLAH saya akan berkongsi pengalaman perjalanan saya ini dan apa yang akan saya usahakan demi kebaikan kita bersama.



3 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

amin amin yarabbal alamin atas doa Dr panjatkan buat semua.

Semuga kita semua berhijrah ke arah kebaikan semata mata kerana Allah.

Semuga Dr dan keluarga di beri kesihatan, dalam rahmat dan redha Allah.

Jazakaullahukhairan Kathira'

AJ

haji muda said...

Assalam AJ,
Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam Dr Ridzuan,

Terimakasih Dr atas peringatan untuk bersedekah. Insya Allah saya akan mengamalkannya berhijrah kearah bersedekah setiap hari.

Moga Allah meningkatkan kekuatan, Ilham dan kesihatan untuk Dr terus memyampaikan dan menegakkan Syair Islam. SubhanAllah

Salam hormat
kamarjhan