Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, November 13, 2011

Strategic Plan Retreat 12 Nov 2011








ALhamdulilah, Allah s.w.t. terus memberikan saya peluang untuk menghulurkan bakti untuk negara Malaysia tercinta. Biar bagaimana hebat mehnah, fitnah dan tribulasi kehidupan melanda, ianya tidak seharusnya mematahkan semangat untuk saya menyatakan kebenaran dan apa yang saya yakini atas jalan dakwah.

Semalam (Sabtu 12/11/2011) saya dijemput untuk mengendalikan satu hari program penting sesebuah organisasi iaitu 'Strategic Planning'. Badan antarabangsa yang berpengkalan di Berlin German telah memberi saya peluang untuk mengendalikan sepenuhnya proses membina perancangan strategik jangka panjang 2012-2015. Yang hadir terdiri dari Ahli Exco Transparency International (TI), konsultan dari England, orang-orang ternama, Dato'-Dato' dan juga professor universiti. Bukan mudah mengendalikan high-profile Exco namun sokongan dari President TI-M- Dato' Paul banyak membantu memudahkan perjalanan strategic planning retreat ini. Kadang-kadang saya terfikir (nota: Minta maaf), bagaimana orang bukan melayu boleh memberi kepercayaan kepada insan daif seperti saya sedangkan ruang-ruang di persekitaran Melayu tidak banyak membantu professionalisma saya. Mengajak masjid melakukan transformasi juga tidak dipandang dari sudut positif. (Nota: Mohon maaf. Mungkin ilmu dan kepakaran saya masih jauh untuk mengajak masyarakat Melayu (khususnya Masjid) melakukan transformasi).

To Dato' Paul, Tn Hj Sabtu, Dato' Akhbar, Prof Dato' Mohamad Ali, Alan, Josie dan Dr Mark, thanks for the trust and support.


Foto lunch bersama Tn Hj Sabtu, Dato' Akhbar dan Victor


Menghadiahkan buku RB kepada Prof Dato' Mohamad Ali Hasan


4 comments:

hjSab2 said...

Alhamdulillah Dr.

Semoga TI-M Strategy 2015 itu permulaan strategik kepada langkah-langkah yang lebih panjang untuk pembangunan CeBP, Universiti Multimedia.

Naz Mohamed said...

As Salam Dr,

Sebak membaca 'keluhan'Dr sambil cuba menahan tumapahan air mata. Bangsa melayuku sentiasa di dlm kerugian. Tiada contoh terbaik selain Rasullullah SAW. Di bumi kelahirannya di Mekah, baginda mendpt pelbagai ancaman sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah. Semoga Dr terus diberi kekuatan oleh Allah utk terus berdakwah.

haji muda said...

Assalam tn hj,
Terima kasih dgn sokongan

haji muda said...

Assalam ummi,
Terima kasih dgn doa dan harapan.