Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, November 4, 2011

Ruginya Kita...


Pernahkah anda berhadapan dengan kerugian?

  • Ada antara kita merasa rugi kerana lambat menjadi ahli MLM
  • Ada juga merasa rugi lambat beli rumah
  • Ada pula fikir rugi tidak belajar sungguh-sungguh
  • Mungkin ada juga terfikir rugi jika tak ambil rasuah
  • Segelintir pula rugi menolak tuah.

Kita boleh senaraikan banyak factor kerugian duniawi…mungkin berjela-jela senarai boleh dikemukakan.

Adakah kita terfikir betapa ruginya kita tidak menjadi Tetamu ALLAH untuk Haji?

Ya… kita sebenarnya rugi dan berterusan hidup dalam kerugian jika tiada bekalan iman dan takwa. Dan kita juga rugi tidak menjadi Tetamu ALLAH.

Beberapa jam lagi, InsyaALLAH jamaah Haji Malaysia akan berangkat ke Mina. Mereka amat beruntung menjadi insan terpilih. Duduk beribadah dan berdoa di Padang Arafah, suatu nikmat yang tidak kita rasai di Malaysia.

  • Kita juga akan merasa rugi jika Lambat daftar Haji
  • Kita juga rugi kerana terlupa untuk melakukan ibadah korban…


Jadi apa yang tinggal untuk kita?

Rasululah s.a.w berpesan, jika kita tidak melakukan ibadah haji, kita masih belum rugi jika:-

  • Kita berpuasa pada Hari Arafah
  • Kita melakukan ibadah korban
  • Kita berTakbir Eid-Adha hingga hujung hari Tashrik
  • Kita sungguh-sungguh berazam untuk ke Tanah Suci lagi samada untuk Haji atau UMrah

Kita tidak akan rugi jika beramal dengan surah AL-Asr.

7 comments:

Naz Mohamed said...

dan kita juga rugi apabila mlm2 9 zulhijjah sepatutnya dihidupkan dgn amal ibadat, tetapi kita raikan Anugerah Skrin di tv...ish3x. Rugi sungguh krn kita tidak sensitif..

mama ju said...

Aslkm
Terimakasih tuan atas tazkirah.
Manusia tu selalu lalai dan sentiasa nak diperingatkan.
Slamat menyambut ketibaan hari raya korban.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Terima kasih kerana selalu mengingatkan kami......

Selamat menyambut hari raya haji:~)

Kak Nor.

Anonymous said...

Assalam Dr,

Terima kasih atas pengongsian ini.

Barakallahufikum

Jazakallahukhairan Kathiro'

AJ

haji muda said...

Assalam Ummi,
Betul tu.. Kenapalah program tu dibuat pd malam2 bulan Zulhijjah?

haji muda said...

Assalam Mama ju dan Kak Nor,
Salam Eid ADha.

haji muda said...

Assalam AJ,
Salam Eid Adha