Alhamdulilah, dalam diam, kita sudah hampir seminggu berada dalam bulan Rabiulawal dan sudah hampir 30 hari menyambut tahun baru 2012.
Masa akan terus bergerak pantas meninggalkan kita. Samada kita bekerja, duduk, tidur, diam, tonton tv atau ke masjid, masa terus bergerak tanpa mengira bagaimana kita memanfaatkan masa.
Perintah ALLAH jelas. Kita adalah pilot kepada penerbangan kita. Manual sudah ada. Takuk kelajuan pesawat di tangan dan hati kita. Jika kita mahu bergerak perlahan, itu pilihan kita. Jika kita mahu laju, ianya juga pilihan kita. Bila menyingkap Sirah Rasul s.a.w (sempena mauled rasul bulan ini) kita akan dapati Rasululah s.a.w dengan panduan rabbani, tidak berlengah untuk bergerak. Manual wahyu Tuhan dijadikan burning desire untuk mencapai pelaksanaan Islam di bumi Madinah. Ia memerlukan koordinasi, strategi dan pelaksanaan.
Membawa pesawat memerlukan koordinasi (sila rujuk entri terdahulu dalam blog ini mengenai pengalaman saya membawa pesawat kecil menjelajah ruang udara biru). Pesawat tidak boleh di bawa seorang diri. Jika berseorangan, pilot akan letih atau tersesat diruang udara tanpa batas. Co-pilot perlu alert, koordinasi menara kawalan, marshal udara hatta pembawa tong petrol semuanya perlu bekerja secara jamaah (berpasukan). Jika pilot tersasar dari destinasi, semuanya berperanan menegur pilot untuk kembali ke right-track. Di dalam pesawat, ada peramugari jelita melayan tetamu. Mereka juga bekerja secara berpasukan.
Kami (Kelab Haji Muda) telah menyediakan asas pesawat untuk kita sama-sama bina, design dan melengkapkan struktur. Ianya bukanlah tugas yang mudah, kerana mereka yang volunteer adalah insan yang sibuk, bekerja dan hanya curi-curi masa untuk membantu. Alhamdulilah mereka tampil ikhlas membantu.
Bila saya nyatakan hasrat untuk memaklumkan nama mereka di blog ini, mereka mengatakan tidak perlu. Bagi mereka sumbangan mereka ikhlas dan amat kecil di sisi ALLAH. Namun saya menghargai mereka. Sangat-sangat–sangat menghargai mereka…..
Kami masih dalam proses membina pesawat KHM ini. Buat masa ini, Saya merasakan dua insan berikut perlu dimaklumkan kepada sahabat bloggers sekelian.
Email: kelabhajimuda@gmail.com diselenggara oleh insan bernama Asmah. InsyaALLAH beliau akan merekodkan senarai nama sahabat bloggers yang mahu bersama-sama membangunkan KHM.
Sekretariat: Dikoordinat oleh En Khairul Salleh
Email saya: tigeridz@gmail.com
Kami amat memerlukan krew untuk mengerakkannya (Kerja Kosong. Gaji ANNUITI AKHIRAT).
i) Krew website Haji Muda
ii) Krew program
iii) Ustaz dan ustazah yang ikhlas membantu, yang tidak menjadikan wang RM sebagai faktor bekerja. Saya memerlukan mereka untuk mengisi slot-slot tazkirah di dalam perjumpaan halaqah kecil nanti, InsyaALLAH.
iv) Krew orang Muda khususnya mahasiswa/I, untuk kita groom sebagai potential leader.
Nota: Kepada anda yang telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama bangunkan KHM, doa saya moga ALLAH merahmati masa dan kehidupan tuan/puan. Kita akan berusaha melakukan yang terbaik mengikut kemampuan kita.
Moga ALLAH mengizinkan usaha ini berjalan lancar.
Sila email kelabhajimuda@gmail.com
Terima kasih.