Foto: Pasentren Moden di tengah sawah dan pergunungan
Foto: Menandatangani persetujuan untuk menjadi External Advisor bagi pembangunan
Pasentren Moden
Foto: Menghadiahkan buku kepada Dr Gumidar-Direktor Pasentren (orang muda)
Saya terkejut dari tidur jam 4
pagi. Cengkerik malam masih berirama dan kokokkan ayam mula memecah
kedinginan subuh. Di kala cuaca di Msia panas, pekan Garut pula sangat dingin.
Satu perkara yang saya sangat suka di sini ialah rumah rehat
ini bersebelahan masjid. Ketika saya di Universiti 20 tahun lalu,
saya memasang impian untuk
mempunyai hotel sendiri, di sebelah hotel ada masjid, kolam renang khas untuk muslimah, gym untuk
muslimin dan dewan kuliah untuk program
inspirasi. Ianya
adalah satu impian yang perlu
direalisasikan melalui dana yang besar dan lokasi
yang strategic. Sekadar impian…..
Selepas solat subuh, saya
memberi Tazkirah subuh ringkas di sebuah masjid pekan ini. Masyarakat di sini gembira menerima tetamu dari
seberang. Cuma sedihnya, semua yang
hadir adalah orang tua-tua. Tiada
seorangpun orang muda. Masjid di Msia
juga menitiskan airmata kerana kurangnya anak-anak muda ke Masjid. Para petugas di kalangan Malaikat yang menjaga Masjid juga mungkin mengeluh kerana
insan penghujung usia sahaja yang
hadir ke masjid. Itu pun Cuma
datang solat tetapi kurang mengerakkan
masjid. Sumbangan idea golongan professional pula dipandang sepi oleh Nazir dan AJK Masjid, mungkin kerana factor kuasa. Akibatnya, bukan sahaja anak muda tidak
datang masjid, ahli kariah juga mungkin ada yang solat di tempat lain kerana bosan
dengan sikap pengurusan masjid.
Wallah alam.
Sebelum sarapan, saya di minta mengemaskan pakaian untuk berangkat ke satu destinasi
yang saya tidak pernah dengar. Menuju
Ciamis dan Puwerketo di Jawa Tengah.
Perjalanan ke Ciamis mengambil masa lebih 2 jam perjalanan. Program seterusnya ialah di
sebuah pasentren moden desa untuk
memberi ceramah “Pemberdayaan Ekonomi Pesantren”. Subhanallah!
Sebuah pasentren moden terletak
di tengah-tengah sawah bendang yang
saujana memandang dengan background
gunung ganang. Para dosen dan
santri menanti kehadiran kami. Program
mesti bermula jam 10 pagi kerana
kami perlu segera berangkat ke destinasi
lain jam 12 tgh. Program ceramah bersama muslimah jam
2 petang terpaksa di
batalkan kerana factor
masa.
Saya kagum dengan
semangat mereka di sini. Pasentren ini digerakkan oleh anak-anak
muda yang mempunyai kesedaran
dan semangat yang tinggi. Di
sinilah saya melihat peranan
KELAB HAJI MUDA untuk
sama-sama terjun ke sawah, medan dakwah, membantu membangunkan program dan
aktiviti masyarakat. (Nota Ridz: Jika mahu sama-sama mengerakkannya. Saya lebih gemar kita sama-sama mengerakkannya dalam satu
grup/jamaah dari buat kerja sendiri-sendiri. Saya ingin
keseronokkan, kepuasan dan kehibaan
hati ini dikongsi bersama teman-teman
KHM. Sebagaimana pesanan Kiyai di sini, jika mahu menempah Jannah, bawalah teman-teman... Jannah bukan untuk orang yang datang masjid tapi tidur...)
Program bermula dengan bacaan Al-Qur’an dan marhaban (waduh seronoknya…). Bila sejam masa diberikan kepada saya untuk mengupas topic ekonomi pasentren, saya memuji
kesungguhan pengurusan Pasentren ini. Hakikatnya, saya tiada pengalaman luas atau hands-on dalam isu
ekonomi pasentren. Beberapa model
ekonomi Islam cuba saya kongsikan dan beberapa tips penting diketengahkan bagi
mencambah minda/idea. Idea dan tips disambut baik oleh pengurusan
dan peserta program.
Foto: Bersama panel diskusi
Yang menarik, Peserta lebih 200 orang lebih berminat kepada sipnosis buku Haji Muda dari tajuk ceramah
“Pemberdayaan Ekonomi Pesantren”. Soalan
lebih tertumpu kepada bagaimana untuk merealisasikan hasrat
menunaikan Haji di saat Muda di
kala tekanan ekonomi kelihatannya keberantakkan?
Bolehkah orang miskin pergi
haji? Jika boleh bagaimana? Soalan yang sukar untuk dijawab…..namun saya
ada idea untuk dibincangkan….
InsyaALLAH, Bersambung......
.