Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya ingin memaklumkan status berikut:
1.0 Status Masjid
a) InsyaALLAH pembinaan masjid dalam proses akhir memasang lantai (saya baru terima info teman di Bandung). InsyaALLAH saya akan upload gambar bila sudah diemail ke saya.
b) Dana Masjid
Setakat hari ini, sebanyak Rupiah 200Juta sudah diserahkan kepada pemegang amanah Panitia Masjid Bojongloa. Baki di Bank sehingga 26hb Jun 2012 ialah RM34,473.82.
c) Pembelian Tanah untuk Pasentren
Alhamdulilah, teman saya sudah membeli tanah sebelah masjid untuk kita bina Pasentren. Wangnya dari poket beliau sendiri. Kosnya bukan sedikit. InsyaALLAH jika ada sokongan anda semua, kita akan usahakan bina pasentren Tahfiz Qur'an untuk anak-anak fakir miskin.
2.0 Program Iftar Ramadan Fakir Miskin
Alhamdulilah sehingga 26 Jun 2012, dana terkumpul ialah RM6520. Masih jauh dari sasaran. InsyaALLAH saya yakin dana ini akan cukup menjelang tarikh akhir 10 Julai 2012.
"Ya ALLAH KAU rahmatilah usaha kami ini. Ampunilah kami dan kurniakanlah barakah dan rahmatMU buat kami yang doif ini."
3.0 Launching Masjid KHM
InsyaALLAH, perasmian masjid dan lawatan tapak pasentren akan dibuat pada 30hb Nov 2012 (Jumaat).
InsyaALLAH kita akan terus berkerja...
3 comments:
Assalam Dr,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Semuga semua usaha ini dipermudahkan Allah.
Insya Allah akan war war kan kepada rakan dakan dan keluarga.
Semuga diberkat Allah.
AJ
Assalam Dr,
Moga ALLAH tingkat kesihatan Dr dan ilham moga semua perancangan dan usaha akan berjalan seperti yang kita semua harapkan...Amin.
Alhamdulillah sangat bahagia sekali menerima update ini. Semoga Allah mudahkan semua urusan. Subhan Allah
Salam hormat
kamarjhan
Assalamualaikum
Dr, boleh warwarkan sekali lagi nama, no akaun serta nama bank?
Moga usaha murni semua menjadi amal jariah, amin
Post a Comment