Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, June 11, 2012

Program Tajaan Iftar Ramadan untuk fakir miskin



SINOPSIS
PROGRAM:  TAJAAN  IFTAR RAMADAN
SASARAN :  FAKIR MISKIN 
TARGET RM:  2 MASJID@RM6,000 = RM12,000
TARIKH TUTUP:  10 JULAI 2012

Dalam perjalanan ke Ciamis saya bertanya teman  bagaimana  suasana  Ramadan di Indoneisa,  apa menu berbuka puasa dan berapa kos sehari di Masjid-masjid?

Jawapannya,  seharusnya  saya dan semua teman-teman HM  hadir ke sini untuk merasai  suasana  Ramadan  yang meriah.  Iftar dan solat malam di hidupkan.  Namun keghairahan  ibadah  akan menyusut  pada minggu ketiga. Rupanya sama dengan Malaysia…   Menu pula simple.  Masjid pula menyediakan juadah  berbuka puasa yang khusus untuk golongan fakir miskin.  Ianya cukup banyak membantu  golongan fakir miskin untuk  lebih dekat dengan masjid.

Maka mentol di kepala mula bercahaya!  Berapa kos  sponsor  berbuka puasa di Masjid untuk sepanjang 30 hari Ramadan?    Teman saya menjawab:  sekitar RM6,000 sepanjang  30 hari  Ramadan  dengan menu  tamar, air, nasi +  moreh.   Menu simple ini amat mengembirakan fakir miskin. Haa! Cuma RM6,000  sepanjang Ramadan?

Fakta: 
Pengalaman saya di Msia, masjid-masjid Malaysia  mengenakan  caj  antara  RM800- RM1,200  sehari untuk sponsor  buka puasa.  Ini bererti  minimum kos buka puasa sebulan di masjid Malaysia adalah RM24,000  iaitu  4 kali ganda lebih mahal.

Action:
InsyaALLAH tahun ini saya berazam untuk mengubah  hasrat  untuk sponsor  iftar  khusus untuk fakir miskin di Indonesia.  Jika anda berminat  untuk  menyertai program  ini,  bolehlah  masukkan sumbangan anda ke Akaun Khas Amal (Akaun sama untuk masjid Bojongloa).  Bermula dari tarikh 11hb Jun hingga 10 Julai,  wang yang masuk ke Akaun ini akan dimajukan ke masjid-masjid untuk  sponsor makan-minum khusus untuk fakir miskin.  Ianya akan diselia dan kontrol oleh teman-teman HM di sana  supaya agihan dibuat dengan betul dan  mencapai sasaran, InsyaALLAH.

Target:
Untuk sponsor  2 Masjid@RM6,000 = RM12,000. 

Tarikh Tutup:
10 Julai 2012

Nilai Dana Ramadan Terkini 6/6/2012
RM800

Akaun Bank:
Bank Islam  (sama seperti akaun untuk dana Projek Masjid Bojongloa).


Moga ALLAH  meredoi usaha dan amal kita.

8 comments:

Kehidupan Makkah said...

Salam..semoga berjaya mencapai taget kutipan..

zaidah said...

insya Allah, sama2 kita usahakan agar program iftar berjalan lancar.....terima kasih berikan peluang untuk kami berbuat sesuatu untuk saudara2 kita di sana.

zaidah said...

insya Allah, sama2 kita usahakan agar program iftar berjalan lancar.....terima kasih berikan peluang untuk kami berbuat sesuatu untuk saudara2 kita di sana.

lan said...
This comment has been removed by the author.
lan said...

sumbangan zakat tidak menjadi masalah bukan?

haji muda said...

Assalam,
Tiada masalah utk zakat. Ianya antara hamba dan Tuhannya.

Anonymous said...

Assalam Dr,

Semuga dalam kasih sayang Allah dan sehat sejahtera di samping keluarga,

Terima kasih memberi peluang kepada kita semua untuk beramal ke jalanNYA.

Semuga di berkati Allah.

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr,

Moga Allah tingkatkan kesihatan dan ilham Amin.

Peluang yang baik, Insya ALLAH akan bersama menjayakannya.

Salam hormat
kamarjhan