SINOPSIS
PROGRAM:  TAJAAN  IFTAR RAMADAN
SASARAN :  FAKIR MISKIN 
TARGET RM:  2 MASJID@RM6,000 = RM12,000
TARIKH TUTUP:  10 JULAI 2012
Dalam perjalanan ke Ciamis saya bertanya teman  bagaimana 
suasana  Ramadan di Indoneisa,  apa menu berbuka puasa dan berapa kos sehari
di Masjid-masjid? 
Jawapannya,  seharusnya  saya dan semua teman-teman HM  hadir ke sini untuk merasai  suasana 
Ramadan  yang meriah.  Iftar dan solat malam di hidupkan.  Namun keghairahan  ibadah 
akan menyusut  pada minggu ketiga.
Rupanya sama dengan Malaysia…   Menu pula
simple.  Masjid pula menyediakan
juadah  berbuka puasa yang khusus untuk
golongan fakir miskin.  Ianya cukup
banyak membantu  golongan fakir miskin
untuk  lebih dekat dengan masjid.
Maka mentol di kepala mula bercahaya! 
Berapa kos  sponsor  berbuka puasa di Masjid untuk sepanjang 30
hari Ramadan?    Teman saya menjawab:  sekitar RM6,000 sepanjang  30 hari 
Ramadan  dengan menu  tamar, air, nasi +  moreh.  
Menu simple ini amat mengembirakan fakir miskin. Haa! Cuma RM6,000  sepanjang Ramadan?
Fakta:  
Pengalaman saya di Msia, masjid-masjid Malaysia  mengenakan 
caj  antara  RM800- RM1,200  sehari untuk sponsor  buka puasa.  Ini bererti 
minimum kos buka puasa sebulan di masjid Malaysia adalah RM24,000 
iaitu  4 kali ganda lebih mahal.
Action:
InsyaALLAH tahun ini saya berazam untuk mengubah  hasrat 
untuk sponsor  iftar  khusus untuk fakir miskin di Indonesia.  Jika anda berminat  untuk 
menyertai program  ini,  bolehlah 
masukkan sumbangan anda ke Akaun Khas Amal (Akaun sama untuk masjid Bojongloa).  Bermula dari tarikh 11hb Jun hingga 10
Julai,  wang yang masuk ke Akaun ini akan
dimajukan ke masjid-masjid untuk  sponsor
makan-minum khusus untuk fakir miskin. 
Ianya akan diselia dan kontrol oleh teman-teman HM di sana  supaya agihan dibuat dengan betul dan  mencapai sasaran, InsyaALLAH. 
Target:
Untuk sponsor 
2 Masjid@RM6,000 = RM12,000.  
Tarikh
Tutup:
10 Julai 2012
Nilai
Dana Ramadan Terkini 6/6/2012
RM800
Akaun Bank:
Bank Islam  (sama seperti akaun untuk dana Projek Masjid Bojongloa).
Moga ALLAH 
meredoi usaha dan amal kita.
 

 
 
8 comments:
Salam..semoga berjaya mencapai taget kutipan..
insya Allah, sama2 kita usahakan agar program iftar berjalan lancar.....terima kasih berikan peluang untuk kami berbuat sesuatu untuk saudara2 kita di sana.
insya Allah, sama2 kita usahakan agar program iftar berjalan lancar.....terima kasih berikan peluang untuk kami berbuat sesuatu untuk saudara2 kita di sana.
sumbangan zakat tidak menjadi masalah bukan?
Assalam,
Tiada masalah utk zakat. Ianya antara hamba dan Tuhannya.
Assalam Dr,
Semuga dalam kasih sayang Allah dan sehat sejahtera di samping keluarga,
Terima kasih memberi peluang kepada kita semua untuk beramal ke jalanNYA.
Semuga di berkati Allah.
AJ
Assalam Dr,
Moga Allah tingkatkan kesihatan dan ilham Amin.
Peluang yang baik, Insya ALLAH akan bersama menjayakannya.
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment