Foto: Jamaah mendengar penerangan program outdoor Mekah.
Alhamdulilah, sungguhpun grup
jamaah HM telah tiga bulan kembali ke tanahair, hubungan ukhuwah dan kasih sayang masih kekal
segar. Biarpun mereka tidak
mendapat yang terbaik dari Agensi Umrah,
mereka sama-sama menerima
hakikat bahawa ALLAH
lebih berhak menentukan level
peningkatan diri dan tahap ujian Mekah & Madinah. Mereka
bersama-sama saya dalam satu grup
jamaah yang sentiasa menceriakan perjalanan kami.
Satu perkara yang saya sentiasa
yakin ialah setiap kali jamaah kembali dari
Umrah, ALLAH akan melipatgandakan rezeki.
Ini Fakta! Perkara ini saya tegaskan banyak
kali sebelum mereka berangkat
ke Mekah bahawa rezeki
akan datang dengan
diri terlebih dahulu berkorban
untukNYA. Kita kena yakin dengan
janji ALLAH. Bila jamaah
ikhlas mengunjungi Baitullah dan
Rasululah s.a.w dan niat hanya
untuk mencari redha ALLAH,
maka ALLAH akan melapangkan
urusan dan memberi
rezeki dari sumber yang tidak
pernah kita fikirkan. Maka fakta ini
berlaku dalam tempoh 3 bulan:-
1. Menerima bonus
lebih dari jangkaan
2. Dengan izin
ALLAH, ada muslimah
yang mengandung, Alhamdulilah!
Berkat doa Tanah suci.
3. Naik pangkat
tanpa disangka-sangka. Biarpun pada asalnya nama berada ditangga bukan prioriti.
4. Mendapat anugerah cemerlang khidmat
awam
5. Mendapat straight
A dalam SPM
6. Mendapat tawaran
belajar di universiti luar Negara
dalam bidang Perubatan dan IPTA.
ALLAHU AKBAR! Itulah kebesaran
ALLAH dan nikmat
Tuhanmu yang mana yang kamu mahu dustakan…..?
2 comments:
Assalam Dr,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Semuga Allah limpahkan rezeki yang halal kepada kita semua dan menjadi hambaNYA yang bertaqwa.
Semuga Allah jemput kami sekeluarga serta emak bagi ziarah ke Baitullah.
Harap Dr war warkan nanti di blog Dr bagi project seterusnya.
Semuga Dr dan keluarga dan warga KRTS serta HM dalam redha Allah.
AJ
Assalam Dr
Moga ALLAH melimpahkan rahmatNYA dan meluaskan rezeki,Ilmu,ilham dan pengelaman pada Dr and ahli keluarga serta rakan-rakan yang mengikuti blog HM.
Amin Ya Rabal Alamin
Baru pagi tadi saya baca update blog HM dan sekarang dah ada upadate lagi...MasyaALLAH.
Begitulah janji ALLAH, bila kita mendahului ALLAH dari yang kepentingan yang lain dengan berharap keredhaan NYA pasti kita akan memperolehi ganjaraNYA tampa kita sedari...Subhan ALLAH.
Saya tumpang gembira pada mereka yang menerima anugerah ALLAH..moga rahmat ALLAH akan terus berlimpah pada kita semua. Amin.
Terima kasih Dr diatas perkongsian kegembiran ini.
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment