Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, June 8, 2012

Kembara Hati #2 Usah Punya Sebutirpun Nilai Dunia….


foto: Menerima hadiah dari kiyai H. Zakaria. Beberapa buku tulisan beliau

Hari Pertama selepas mengimamkan solat maghrib,  jadual perjalanan saya ialah menemui @  Ziarah  Kiyai H. Zakaria yang amat terkenal di  Jawa Barat.   SEcara ringkas,  beliau mengalu-alukan  kehadiran dan kerjasama  untuk membangunkan masyarakat.   Satu perkara penting yang beliau  mengingatkan saya  (perlu saya kongsi dengan   pengunjung blog ini)  adalah 

“USAH PUNYA  SEBUTIRPUN  NILAI DUNIA  DALAM  HATI KITA….”

Subhanallah!  Satu pesanan yang amat  padat lagi berat untuk kita pikul…

Bagaimana mungkin hati kita yang  seronok dengan  dunia, dipuji orang,  banggakan pangkat  dan harta  dapat dikuburkan  melalui  spiritual approach ini?

Bagaimana mungkin  insan  lemah seperti saya (mungkin tuan-puan)  mampu untuk  menyahkan  butiran dunia dari hidup ini…?
 
Ketika teman saya menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan  politik - Gabenor  Wilayah,  Kiyai H. Z  tidak memberi restu  lantas dengan tegas berbicara


“….. ramai  insan  yang baik-baik  gugur di medan dakwah  kerana faktor politik.   Jadilah insan  yang bebas  dari  pengaruh dan kawalan politik.  Kita akan dapat menghampiri ikhlas  dan  menangkis  fitnah  bila menjadi  insan   yang bebas  dari  pengaruh dan konkongan  politik.   Kita akan menterjemahkan keadilan secara  objektif  dan professional   dengan  meletakkan ALLAH dan Rasul lebih dari  politik  yang menyesakkan dada  dan mengucar kacirkan  emosi masyarakat.   Bercakaplah benar biarpun pahit   dan sentiasa bersabar  di atas jalan yang mulia. 

 
Kepenatan seharian  terhibur  juga  dengan  peringatan  ringkas  untuk diri yang doif  ini… Thanks ALLAH  dan terima kasih Pak Kiyai dengan nasihat  berguna ini. 

2 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Semuga sehat sejahtera dan dalam kasih sayang Allah.

Suatu peringatan yang perlu dipegang bagi kita semua dan agar sentiasa muhasabah diri.

Semuga dalam rahmat Allah buat Dr dan keluarga serta semua warga KRTS.

Anonymous said...

Assalam Dr,

Terima kasih diatas perkongsian peringatan yang benar-benar memberi kesan yang mendalam dihati. Moga ianya akan menjadi pedoman untuk mendapat keredaan ALLAH. ALLAH HU AKHBAR!

Salam hormat
kamarjhan