Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, June 8, 2012

Kembara Hati #3 CIAMIS - Pasentren Moden



 Foto:  Pasentren Moden di tengah sawah dan pergunungan

 Foto:  Menandatangani  persetujuan untuk  menjadi  External Advisor  bagi pembangunan  
Pasentren Moden

 Foto:  Menghadiahkan buku kepada  Dr Gumidar-Direktor  Pasentren  (orang muda)



Saya terkejut  dari tidur  jam  4 pagi.  Cengkerik malam  masih berirama  dan kokokkan ayam mula  memecah  kedinginan  subuh.  Di kala cuaca di Msia panas,  pekan Garut pula  sangat dingin.

Satu perkara yang saya sangat suka di sini ialah rumah rehat ini  bersebelahan   masjid.  Ketika saya di Universiti 20 tahun lalu, saya  memasang impian  untuk  mempunyai hotel sendiri, di sebelah hotel ada masjid,  kolam renang khas untuk muslimah, gym untuk muslimin dan dewan kuliah untuk program  inspirasi.   Ianya  adalah satu impian  yang perlu direalisasikan  melalui dana yang besar  dan lokasi  yang strategic.  Sekadar impian….. 

 Selepas solat subuh, saya memberi  Tazkirah subuh ringkas  di sebuah masjid pekan ini.  Masyarakat di sini gembira menerima tetamu dari seberang.  Cuma sedihnya, semua yang hadir adalah orang tua-tua.  Tiada seorangpun orang muda.  Masjid di Msia juga  menitiskan airmata kerana  kurangnya anak-anak muda ke Masjid.  Para petugas di kalangan Malaikat  yang menjaga Masjid  juga mungkin mengeluh  kerana  insan penghujung usia sahaja  yang  hadir ke masjid.  Itu pun Cuma datang solat  tetapi kurang mengerakkan masjid.  Sumbangan idea  golongan professional pula  dipandang sepi oleh Nazir dan  AJK Masjid, mungkin kerana factor kuasa.  Akibatnya, bukan sahaja anak muda tidak datang masjid,  ahli kariah  juga mungkin ada yang solat di tempat lain  kerana bosan  dengan sikap pengurusan masjid.  Wallah alam.

Sebelum sarapan, saya di minta mengemaskan  pakaian untuk berangkat ke satu destinasi yang saya tidak pernah dengar.  Menuju Ciamis  dan Puwerketo di Jawa Tengah.

Perjalanan ke  Ciamis  mengambil masa lebih  2 jam perjalanan.  Program seterusnya ialah  di  sebuah pasentren moden desa   untuk  memberi ceramah     “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”.  Subhanallah!  Sebuah pasentren moden  terletak di tengah-tengah   sawah bendang yang saujana memandang  dengan  background  gunung ganang.  Para dosen dan santri menanti  kehadiran kami.  Program  mesti bermula jam 10 pagi  kerana kami perlu segera berangkat  ke destinasi lain jam 12 tgh.  Program   ceramah bersama muslimah  jam  2  petang terpaksa di batalkan  kerana  factor  masa.

Saya  kagum dengan semangat  mereka di sini.  Pasentren ini digerakkan oleh  anak-anak  muda  yang mempunyai  kesedaran  dan semangat yang tinggi.  Di sinilah saya  melihat  peranan  KELAB HAJI MUDA  untuk sama-sama  terjun ke sawah, medan dakwah,   membantu membangunkan  program dan   aktiviti  masyarakat. (Nota Ridz: Jika  mahu sama-sama mengerakkannya.  Saya lebih gemar kita  sama-sama mengerakkannya dalam satu grup/jamaah   dari  buat kerja sendiri-sendiri.  Saya ingin  keseronokkan, kepuasan   dan  kehibaan  hati ini dikongsi bersama teman-teman  KHM. Sebagaimana pesanan Kiyai di sini, jika mahu menempah Jannah, bawalah teman-teman... Jannah  bukan untuk orang yang datang masjid tapi tidur...)

Program bermula dengan bacaan Al-Qur’an  dan marhaban (waduh seronoknya…). Bila sejam  masa diberikan kepada saya untuk mengupas topic ekonomi pasentren, saya memuji kesungguhan pengurusan Pasentren ini. Hakikatnya, saya tiada pengalaman  luas atau hands-on dalam  isu  ekonomi pasentren.  Beberapa model ekonomi  Islam  cuba saya kongsikan  dan beberapa tips penting diketengahkan bagi mencambah minda/idea.   Idea dan tips disambut baik oleh  pengurusan  dan  peserta program.

 Foto:  Bersama panel diskusi

Yang menarik, Peserta lebih 200 orang  lebih berminat kepada  sipnosis buku Haji Muda dari tajuk ceramah “Pemberdayaan Ekonomi  Pesantren”.  Soalan  lebih tertumpu kepada bagaimana untuk merealisasikan   hasrat  menunaikan Haji di saat Muda  di kala  tekanan ekonomi  kelihatannya  keberantakkan?  

Bolehkah orang miskin  pergi haji?  Jika boleh bagaimana?  Soalan yang sukar untuk dijawab…..namun saya ada idea untuk dibincangkan….

InsyaALLAH,   Bersambung......
.

5 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Semuga diberi kesihatan berterusan.

Masya Allah. Seronok membaca catatan Dr. Semuga makin ramai lagi anak anak muda mengikut langkah Dr. Semuga KHM berkembang luar ke pelusuk dunja. Amin

Semuga Dr dan keluarga serta warga HMMRK & KHM dalam redha Allah.

AJ

Kakzakie Purvit said...

Kakak percaya kalau di sana memang ramai anak muda yg kental imannya. Lihat sajalah bila tiba musim haji saudara kita yg dari negara jiran yg usia baru belasan dan awal 20an begitu ramai. Kalau setakat mengerjakan Sae itu mereka memang berlari.. sebab sihat dan kuat...

Moga pencerahan begini boleh dilakukan diM'sia..

Anonymous said...

Assalam Dr.

Perkongsian pengalaman yg terkesan dihati. Moga segala usaha dipermudahkan. ,,,bila agaknya program sebegitu bolah terlaksana di kg2 di tanah air kita pula Dr... Bahagianya melihat orang gembira!

Anonymous said...

Assalam Dr,
Moga dirahmati ALLAH dan ditingkat kekuatan lahir dan batin agar Dr dapat meneruskan usaha membangunkan Pasentren Modern bersama KHM. Insya Allah.

Saya amat terharu dengan usaha gigih Dr dan berterima kasih pada ALLAH kerana kami (KHM) dipilih untuk bersama untuk menyokong usaha membangun dan mengisi Pasentren Modern" Subhan Allah.

Saya yakin setaip orang yang memiliki niat ikhlas untuk memunaikan fardu Haji past ALLAH kambulkan kerana ALLAH tidak pandang pada harta kaya atau miskin. Sesunguhnya ALLAH lah yang maha berkuasa dan maha bijaksana.

Insya ALLAH kita akan terus bantu usaha ikhlas ini dan yakin ALLAH beri kita pertununjuk dan hidayatNya. Amin

Salam horamt
kamarjhan

haji muda said...

Assalam kak AJ, kak Zie & kak Kamarjan- terima kasih dgn sokongan.

Kpd anonymous, saya tidak diberi banyak ruang di Msia. Usaha utk bantu masjid juga tidak diberi ruang. Masyarakat kita lebih menjurus kpd politik dan glamour (maaf sekadar pemerhatian). Mungkin belum tiba masa. Sebab itu kita kena gerakkan Kelab Haji Muda sebagai platform bekerja. Saya ada banyak idea utk melaksanakannya.