Alhamdulilah hari ini saya bercuti panjang
hingga hujung minggu bagi menyelesaikan beberapa urusan disamping bercuti. Kesempatan ini memberi
saya peluang untuk update blog
setelah sekelian lama menyepi.
Pertama, saya ingin berkongsi pengalaman
menimba ilmu dan pengalaman di Indonesia.
Dan InsyaALLAH entri perkongsian
di Dubai, Iran dll.
Hari
Pertama 14 Mei
Tiket
Air Asia saya ditekan sehingga
RM1,080 seorang (Tidak termasuk
makan/minum dalam pesawat dan airport tax di Bndung). Ianya
sudah tentu tidak menepati falsafah
“tambang murah everyone can
fly…”. Pun begitu, ianya tidak merisaukan kerana
saya mempunyai jadual rasmi
mengisi beberapa program di Jawa Barat dan Jawa Tengah. Tiada satu senpun dana Tabung
Anuiti Akhirat yang saya
ambil. Ianya adalah dana amanah yang perlu
dijaga rapi.
Sebaik tiba di LT Bandung,
saya disambut oleh teman dan
terus menuju ke desa Bojongloa untuk meninjau perkembangan masjid. Alhamdulilah
masjid bakal siap menjelang Ramadan.
Tentu sekali hati kita sejuk dan gembira
melihat masjid comel ini tertegak di desa
miskin. Pemimpin desa pula sudah
menyediakan 100kg beras
untuk saya bawa pulang dan kongsi dengan teman-teman HM. Namun saya menolak hadiah ini
bukan kerana tidak sudi tetapi
kos untuk membawa pulang lebih mahal dari tiket.
Lagipun, mereka lebih memerlukan wang dari kita. Sementara kita pula perlu belajar untuk ikhlas di jalan ALLAH tanpa meminta
habuan dunia.
Saya tiba di pergunungan pekan Garut jam 12 tengahari. Selepas solat dan makan siang,
teman-teman dan supir sudah sedia
membawa saya ke program ‘International Seminar “Membangun
Jiwa dan Potensi Kewirausahaan
Muslim ” di Institut Perguruan Tinggi
Garut. Saya terkejut dengan
sambutan besar lebih-lebih lagi disambut
mesra oleh Pengetua Institut ini yang berusia 79 tahun. Subhanallah! Allahu akbar! Satu keajaiban bagaimana insan
berusia 79 tahun masih mampu mengurus
institusi ilmu yang besar dan
masih kelihatan sihat.
Ilmu saya tidak setinggi mana namun harapan Pengetua ini amat besar supaya saya dapat hadir lagi berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membina generasi muda nusantara. Satu jam tempoh ceramah dirasakan pantas berlalu dan hampir 500 siswa bersama-sama memberi kerjasama dan mengajukan pelbagai soalan.
Moga ALLAH mengizinkan teman-teman HM untuk sama-sama menjayakan tapak yang telah saya susun untuk kita bekerja dan bekorban untuk jalan Ilahi. Tiada apa yang dapat kita bawa menemui Ilahi melainkan usaha berterusan untuk mendidik diri sendiri dan membangunkan ummah khususnya dikalangan masyarakat fakir/miskin.
Bersambung….
5 comments:
Dr,
I wish one day mesti nak ikut you ke Institut ni
Assalam Li,
Thanks. Pls lead the team for Bandung Official Program 28/11-2/12. 40 pax max.
Salam doktor, saya nak ikut team for bandung official program.insyaAllah
Assalam Indah,
InsyaALLAH committee akan hubungi. Mohon email no HP ke tigeridz@gmail.com
Assalam Dr,
Saya juga ingin ikut serta. Moga ALLAH mudahkan usaha ini. Moga dapat kebenaran cuti. 28/11- 2/12/2012 Insya ALLAH.
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment