Nota: Terima kasih ALLAH kerana ketemukan saya dengan anak-anak muda ini. Kelihatan mereka serius berdiskusi pelan tindakan hospital beyond boundries.
Alhamdulilah, dalam kesibukan ada ruang kesihatan dan masa untuk saya berkongsi dalam blog. Moga ALLAH terus memberi kita kekuatan untuk istiqamah dengan jalan membuat kebaikan dan mencegah kemunduran, maksiat dan kecelaruan masyarakat.
ALhamdulilah, setelah sekian lama hasrat untuk membina hospital mukmin khusus untuk masyarakat dhua'fa dan miskin tersimpan dalam hati, pada pagi Sabtu 22/9/2012 satu pertemuan dan diskusi untuk membina hospital swasta khusus bagi masyarakat muslim Kemboja telah dibuat. Sememangnya saya telah lama sentiasa berdoa agar ALLAH ketemukan saya dengan insan-insan yang mempunyai hasrat yang sama. Walaupun doa saya terkhusus untuk membina Rumah Sakit di kawasan miskin di Indonesia atas dasar menyelamatkan aqidah dan kebajikan, tapi ALLAH mendorong kami fokus kepada negara Kemboja. Ketika saya berada di Indonesia Mei 2012, saya nyatakan kepada teman-teman di sana akan keperluan mengadakan rumah sakit bagi membantu warga muslim dhu'afa ini. Satu pelan jangka panjang perlu dibuat khususnya bagi mencari sukarelawan dan doktor pakar untuk membantu.
Jadi mengapa Kemboja? Kita merancang, tetapi ALLAH juga mempunyai perancangan yang lebih hebat. ALLAH telah menemukan saya dengan anak-anak muda ini (mereka adalah pelajar tahun akhir Perubatan IPTA dan beberapa lagi rakan mereka adalah Akauntan) yang berhasrat untuk mengerakkan inisiatif hospital swasta di Kemboja. Alhamdulilah, satu 'wing' KHM bakal bergerak dengan kaedah kerjasama hospital beyond boundries bagi membangunkan hospital ini.
Saya mengambil kesempatan pertemuan dengan anak-anak muda ini dengan memberi sedikit tazkirah kerana sesuatu kerja amal tidak akan mendapat barakah jika kita tidak ikhlas dan berlapang dada. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dan lagi challenging untuk melaksanakan amanah atas dasar kepercayaan. Haji/Umrah bukan untuk diri sendiri. Haji/Umrah adalah proses kita membina diri dan sama-sama berganding bahu membina masyarakat.
InsyaALLAH, jika ALLAH izinkan saya akan ke Kemboja pada 26hb Oktober untuk menyelia Program Korban KHM, melawat tapak Institut Pendidikan Islam yang daif serta melihat tapak hospital beyond boundries ini.
Kepada adik-adik yang hebat ini, InsyaALLAH saya dan abang-kakak dalam KHM dan warga follower KHM akan mewariskan KHM untuk anda explore. Dan kepada adik-adik yang sedang membaca blog ini, jom sama-sama menanam semangat untuk membantu program amal KHM.
KHM adalah untuk anda- Wadah Annuiti Akhirat The Smart Way to Serve ALLAH.
ALLAHU AKBAR! MasyaALLAH TabarakALLAH.
4 comments:
Assalam Dr,
Alhamdulillah satu intiative baru akan bergerak. Moga ALLAH rahmati dan mudahkan perlaksanaannya. Amin
Cantiknya tenaga belia menaruji projek ini..Saya yakin ia kan terlaksana dengan sokongan semua pihak KHM dan pembaca blog Haji Muda-Meniti Renjisan Kedamaian. Marilah kita sama-sama membantu untuk perlakasanaannya.
Salam hormat
kamarjhan
assalamualaikum
Alhamdulillah...semoga usaha murni adik2 tenaga belia dan warga KHM akan sentiasa diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Ketika melawat Kemboja Ogos 2010 yang lalu, ada jg dimaklumkan oleh tourist guide yang rakyat yang ingin mendapatkan rawatan di hospital krajaan kat Phnom Penh ada yang datang seawal 4 - 5 pagi untuk beratur nak dptkan rawatan terutama dr kampung jauh di pedalaman.
Semoga usaha ini akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat Kemboja dalam mendapat khidmat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.
-Siti Hanim
Assalam Dr.
Tahniah atas usaha mulia ini, saya sebagai pembaca tetap blog ini akan sentiasa membantu apa saja yang termampu.
Anak sulong saya sekarang ditahun 3 didalam bidang perubatan di universiti Zagazig Mesir dan belaiu juga berminat dengan kerja-kerja amal sebegini. Semoga beliau dapat turut sama menabur bakti jika telah tamat pembelajaran kelak.
Terima kasih
Assalamualaikum Dr serta semua
Dr, sila emel kat saya jika perlu bantuan kewangan. Saya hanya insan biasa yg ingin menyumbang sesuatu yg Allah telah pinjamkan kepada saya. Moga ia mampu memberi manfaat buat ibu bapa saya yg telah mendidik saya dengan jayanya.
Post a Comment