Buku 'Bila Pintu Hati Terbuka' (BPHT) sudah lebih kurang 2 tahun di pasaran. Dari sudut penjualan, buku ini agak perlahan namun saya berharap idea dan perkongsian buku ini tidak terhenti disini. Ianya seharusnya bukan saja di baca tetapi perlu diamalkan. Banyak tips kehidupan dimuatkan di dalam buku ini. Ianya mampu memberi motivasi ketika diri di landa sepi.
Saya menulisnya kerana saya menghargai diri saya....
Di bawah ini saya petik nukilan rasa dari blog mamalal.blogspot.com (diekstrak copy paste pada 14 Sept 2012) mengenai buku ini. ibu muda ini sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang aplikasi teknologi dalam perspektif Islam. Secara khusus mengenai keibuan/susu ibu. Kita sebagai hamba ALLAH, seharusnya menyokong usaha adik kita yang masih muda ini untuk membuat kajian dengan harapan dapat meningkatkan kualiti ummah.
InsyaALLAH, Kelab Haji Muda akan terus menyokong usaha ini yang menjadi salah satu teras penubuhan KHM bagi membentuk semangat pra/pasca haji/umrah. Sebagaimana yang ditekankan dalam buku BPHT, ayuhlah kita berganding bahu melahirkan,
'Satu Rumah Satu Dr', satu aspirasi peribadi saya yang perlu diusahakan secara kolektif bersama anda semua. MasyaAllah TabarakALLAH.
Tajuk: Ramadan 1433H dan Perjalanan PhD
Sukar untuk saya gambarkan bagaimana perasaan
saya dalam konteks pelajar PhD semenjak berlalunya Ramadhan 1433H (Ogos 2012M).
Sehingga kini, 20 Syawal 1433H, saya masih teringat-ingat manisnya Ramadhan.
Terkadang hati rasa sayu dan sebak bila memikirkan sempatkah aku menemui
Ramadhan tahun depan?.. Benar, saya sangat sebak. Ramadhan yang lalu, saya tekadkan
azam untuk 'Tidak Rugi Lagi'... Saya pertingkatkan amalan sunat, jauhi perkara
lagha, dan berazam untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan terutamanya 10 malam
terakhir. 20 malam pertama Ramdhan, saya hanya berjaya bangun untuk solat
tahajud hanya sebanyak 5 hari sahaja. Saya sangat kecewa kerana target saya
adalah bangun sekurang-kurangnya selang sehari. Tetapi, itulah tahap iman saya.
Pabila tiba malam 21 Ramadhan, saya kuatkan tekad untuk qiyamullail setiap
malam, bangun seawal jam 3 pagi (beriktikaf di masjid) agar saya dapat
mengecapi anugerah malam seribu bulan (yakni Lailatul Qadar-LQ)...
Sepanjang Ramadhan, saya memohon agar Allah SWT
mengurniakan saya LQ. Ramadhan tahun ini memang berbeza. Keinginan kuat dan
mendalam untuk mengejar LQ sangat hebat. Tidak seperti Ramadhan tahun-tahun
yang lalu. Mungkin jika benar ia adalah kesan dari program yang saya hadiri
bertajuk "Ramadhan dan Perjalanan PhD" pada Julai 2012 bertempat di
IPG Bangi. Pada mulanya saya agak 'malas' untuk menghadiri program tersebut,
tetapi saya gagahkan juga hati, biarpun pergi seorang diri (memang kebanyakan
seminar, bengkel, program yang saya hadiri adalah seorang diri).
Syukur padaMu Ya Allah yang telah menemukan
saya dengan seorang yang bagi saya sangat hebat dari segi misi, visi, wawasan,
strategi dan tips-tips dalam menempuh PhD. Itulah Dr Ridzwan Bakar (blog
beliau: http://ridzwan-bakar.blogspot.com/). Semasa mendengar ceramah beliau
mengenai bagaimana Ramadhan dapat mengubah perjalanan seorang calon PhD, hati
saya masih 'kering' dan hanya menerima sahaja apa yang disampaikan.
Sehinggalah beliau mempromosikan buku tulisan
beliau bertajuk "Bila Pintu Hati Terbuka" iaitu catatan perjalanan
beliau menggapai ijazah kedoktoran dalam masa 40 bulan (pelajar separuh masa
sambil bekerja di sektor korporat). Pada mulanya, hati berkira-kira untuk
membeli buku yang hanya berharga RM15.00, sekali lagi saya gagahkan untuk
membeli buku ini.
Rupa-rupanya, buku ini ibarat gedung emas,
tersimpan di dalamnya pelbagai khazanah hikmah yang tiada bandingannya. Belum
pernah saya temui seorang PhD holder yang berkongsi wawasan semurni ini.
Kebiasaannya nasihat yang saya terima dalam perjalanan ini hanyalah berupa
duniawi semata-mata. Tetapi Dr Ridz memberi satu sudut pandang yang sangat suci
dan murni. Walaupun saya kira matlamat saya untuk memiliki PhD ini sudah jelas,
tetapi dengan membaca buku ini, dr Ridz telah menggilap lagi matlamat itu agar
ia bersinar dan mampu sampai ke arah yang dituju.
Ramadhan kali ini, jika benar saya telah
menemui LQ, saya panjatkan kesyukuran padaMu Ya Ilahi. Tetapi jika belum rezeki
saya untuk menikmatinya, maka kurniaMu yang telah menemukan saya dengan sosok
tubuh insan mulia bernama Dr Ridz dan pandangan alam yang dikongsikan dalam
bukunya ini, maka saya terlebih-lebih bersyukur ke hadratMu Ya Rabbi.
Doa saya semoga perjalanan PhD ini (baca:
perjalanan yang amat mencabar ini) sentiasa diberkati, ditunjuki dengan hidayah
Allah SWT.
Penutup kata, ingin saya kongsikan kata-kata
hikmah yang membuat jiwa saya segar semula dalam menyelusuri perjalan ini...
"PhD bukanlah Permanent head Damage atau
Pelajaran habis Dah, tetapi PhD adalah Perjalanan hamba Dhoif"
"PhD adalah perjalanan mencari
keagunganNya. Amat manis bagi mereka yang telah melalui proses tarbiah yang amat
panjang ini"
"Insan yang tidak menjumpai TUHAN di dalam
proses ini adalah insan yang gagal"
"PhD bukanlah perjalanan intelektual
semata-mata! Ia juga bukan perjalanan mengasah ego dan pemikiran sempit. Tetapi
ijazah kedoktoran adalah perjalanan kecemerlangan emosi dan keluhuran
komunikasi dengan manusia serta Tuhan"
akhir sekali...
"Belajar kerana mengejar pangkat dan
kemewahan dunia akan hanya menambah beban. Ikhlaskan perjalanan ilmu untuk
mencari redhaNya"
7 Sept 2012
Taman Sri Ukay
3 comments:
Assalam Dr,
Moga ALLAH tingakkan Kekuatan dan keimanan agar dapat berkongsi ilmu dan tunjuk ajar untuk meningkatkan bekalan akhirat.
Teruskan usaha Dr untuk menulis / terbitan buku baru...agar ianya dapat dimanafaatkan oleh insan yang dahagakan ilmu buat bekalan akhirat.
Salam horamt
kamarjhan
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan perjalanan puan ini dalam mencari ilmu. amen... buat doc, teruskan perjuangan...semoga diberkati setiap usaha oleh Allah buat selamanya.amen ya Rabb
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan perjalanan puan ini dalam mencari ilmu. amen... buat doc, teruskan perjuangan...semoga diberkati setiap usaha oleh Allah buat selamanya.amen ya Rabb
Post a Comment