Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, October 29, 2012

Kemboja: Alhamdulilah


Alhamdulilah, saya telah selamat kembali ke tanahair setelah 4 hari di bumi Kemboja.  Saya mohon maaf kerana terdapat kesulitan untuk update blog khususnya untuk upload gambar proses ibadah korban Kemboja. Walau bagaimanapun, saya telah upload gambar di facebook.com/drridzwan ketika beristirehat di sebelah malam di hotel Bandar Phnom Penh.

ALLAH s.w.t  telah berfirman, 
“Dan berikanlah perumpamaan kepada mereka (manusia), bahawa kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang KAMI turunkan dari langit; maka menjadi subur dengannya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi  kering yang diterbangkan oleh angin. Dia adalah ALLAH yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.  Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya  disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”  

                                                                                                                                Al-Kahfi: 45-46

Apa sahaja yang telah dan bakal kita lalui adalah coretan hidup yang singkat. Masa berlalu dengan pantas memberi indikasi bahawa pertemuan yang dijanjikan ALLAH akan datang pada bila-bila masa.  Maka usaha kerja amal KHM  adalah  untuk kita sama-sama mengambil manfaat ke atas satu wadah annuiti akhirat.  Ianya dijalankan dengan perasaan tanggungjawab ke atas satu amanah yang telah diberi. Kami, KHM, sentiasa gembira untuk  menghulurkan sedikit khidmat supaya kita dapat mengukir senyum di medan mahsyar nanti. Amanah  peserta ibadah korban telah disempurnakan pada 10 Zulhijjah, dengan lain perkataan kami tidak menunggu lama untuk menyelesaikan ibadah dan amanah ini.

Kepada semua 133 peserta  Program KHM #5/2012  ibadah Korban, saya mengucapkan tahniah dengan harapan  ibadah tuan-puan diterima ALLAH. Selain itu, daging korban juga dipastikan sampai kepada fakir miskin yang Cuma merasai nikmat daging hanya setahun sekali.

NOTA: Kepada peserta korban, sijil penyertaan ibadah Korban 1433H  akan dihantar melalui email (scan) bagi tujuan penjimatan kos.  Sekiranya anda tidak menerima sijil scan dalam tempoh 7 hari dari tarikh hari ini, sila email atau sms saya atau sekretariat KHM kelabhajimuda@gmail.com



3 comments:

RuMaH TuA said...

Alhamdulillah.
Mensyukuri segala nikmatNya.

Moga Allah kasih dirimu.

-Baitil Atiqa-

Anonymous said...

Assalam Dr,
Allahamdulillah usaha pertama Jelajah Kemboja telah dilaksanakan, Moga ianya akan menjadi pemakin untuk racangan/projek seterusnya.Insya ALLAH.

Terima kasih Dr dan EXCO KHM. Hanya ALLAH yang akan membalas semua kebaikan.

Salam hormat
kamarjhan

Anonymous said...

Assalam,

Alhamdulillah. Menanti project seterusnya.

semuga segala usaha diberkati Allah. amin