Alhamdulilah,
saya telah selamat kembali ke tanahair setelah 4 hari di bumi Kemboja. Saya mohon maaf kerana terdapat kesulitan
untuk update blog khususnya untuk upload gambar proses ibadah korban Kemboja.
Walau bagaimanapun, saya telah upload gambar di facebook.com/drridzwan ketika
beristirehat di sebelah malam di hotel Bandar Phnom Penh.
ALLAH
s.w.t telah berfirman,
“Dan berikanlah perumpamaan kepada mereka (manusia),
bahawa kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang KAMI turunkan dari langit;
maka menjadi subur dengannya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian
tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang
diterbangkan oleh angin. Dia adalah ALLAH yang Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Harta dan anak-anak adalah
perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah
lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
Al-Kahfi:
45-46
Apa
sahaja yang telah dan bakal kita lalui adalah coretan hidup yang singkat. Masa
berlalu dengan pantas memberi indikasi bahawa pertemuan yang dijanjikan ALLAH
akan datang pada bila-bila masa. Maka
usaha kerja amal KHM adalah untuk kita sama-sama mengambil manfaat ke
atas satu wadah annuiti akhirat. Ianya
dijalankan dengan perasaan tanggungjawab ke atas satu amanah yang telah diberi.
Kami, KHM, sentiasa gembira untuk
menghulurkan sedikit khidmat supaya kita dapat mengukir senyum di medan
mahsyar nanti. Amanah peserta ibadah
korban telah disempurnakan pada 10 Zulhijjah, dengan lain perkataan kami tidak
menunggu lama untuk menyelesaikan ibadah dan amanah ini.
Kepada
semua 133 peserta Program KHM
#5/2012 ibadah Korban, saya mengucapkan
tahniah dengan harapan ibadah tuan-puan
diterima ALLAH. Selain itu, daging korban juga dipastikan sampai kepada fakir
miskin yang Cuma merasai nikmat daging hanya setahun sekali.
NOTA:
Kepada peserta korban, sijil penyertaan ibadah Korban 1433H akan dihantar melalui email (scan) bagi
tujuan penjimatan kos. Sekiranya anda
tidak menerima sijil scan dalam tempoh 7 hari dari tarikh hari ini, sila email
atau sms saya atau sekretariat KHM kelabhajimuda@gmail.com
3 comments:
Alhamdulillah.
Mensyukuri segala nikmatNya.
Moga Allah kasih dirimu.
-Baitil Atiqa-
Assalam Dr,
Allahamdulillah usaha pertama Jelajah Kemboja telah dilaksanakan, Moga ianya akan menjadi pemakin untuk racangan/projek seterusnya.Insya ALLAH.
Terima kasih Dr dan EXCO KHM. Hanya ALLAH yang akan membalas semua kebaikan.
Salam hormat
kamarjhan
Assalam,
Alhamdulillah. Menanti project seterusnya.
semuga segala usaha diberkati Allah. amin
Post a Comment