Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, June 4, 2009

Nujum Pak Belalang

Saya jarang menonton tv. Tv tidak banyak membantu saya menjadi insan cemerlang. Namun baru-baru ini saya mengambil peluang merehatkan minda dengan menonton filem Nujum Pak Belalang. Walaupun sudah menonton filem ini berkali-kali, pengisian cerita tidak menjemukan. Banyak pengajaran yang boleh diambil.

Terlalu ramai insan yang ’jual temberang’ untuk hidup. Saya ingat rakan saya pernah sebut ” Kalau kau lurus bendul, kau tak boleh hidup Wan.” Di satu kesempatan lain, seorang kontraktor berbangsa bukan Melayu pernah tegur saya ”Ridzwan, you cannot survive in the corporate world if you still want to continue with your principle. Rasuah is norm!”

Kita akan terasa terasing jika tidak ’jual temberang’, ianya budaya hidup dulu, kini dan mungkin selamanya. Namun temberang Pak Belalang telah mengubah nasibnya. Beliau tidak rasuah tetapi amat taat dengan perintah Sultan Nizam.

Tiga perkara yang kita boleh belajar dari filem Nujum Pak Belalang:
1. Taat kepada pemimpin
Pak Belalang amat taat kepada pemimpinnya. Beliau akan menurut apa sahaja perintah Sultan. Selagi pemimpin tidak melanggar Quran dan panduan Hadith maka wajib kita mentaatinya.

2. Berfikiran positif
Filem ini memberi gambaran bahawa masyarakat Melayu dahulu juga mengamalkan fikiran positif. Kedua-dua pihak amat positif dan yakin akan menang walaupun mereka sebenarnya tidak bijak menaruh negara untuk tujuan kebanggaan.

3. Meletakkan masa depan di tangan orang lain
Di dalam kehidupan, kita perlu mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan. Namun dalam filem ini, nasib dan masa depan diletakkan kepada orang lain. Perbualan seperti ”Apa pendapat tuan hamba, adakah kita boleh menang dengan 3 soalan tersebut. Maka dijawab oleh Penasihat Sultan ”Tidak perlu risau ”Ahli Nujum Negara pasti tahu jawapannya.”

Filem klasik Melayu ini memberi pelbagai pengajaran kepada kita. Ambillah perkara yang baik dan perbaikilah mana yang kurang agar ia dapat mematangkan kita di dalam perjalanan menuju Ilahi dan membina bangsa Muslim.

6 comments:

noor said...

berfikiran positif:

Saya cuba berfikiran positif atas perubahan yang berlaku dalam pentadbiran saya. tapi mana2 yg tidak patut berlaku mana menjadi tajuk perdebatan saya. tapi atas "keakuran" mana saya menghadkan perdebatan itu. pendapat kami tidak diambil peduli langsung kerana keputusan telah dibuat. Patut atau tidak mempunyai pemimpin begitu. tutup mulut kami dr bercakap mengenai kekurangan pdnya.

Aryati Bakri said...

Pada saya negara yang mengamalkan rasuah menuju kehancuran. Tengok negara maju ..semua jujur. Contoh Jepun, UK, USA ..UK sendiri memang rasa baik dan jujur..saya pelik mana nilai kejujuran dan keikhlasan masyarakat melayu yang telah hilang?. Saya rasa sikap lebih teruk daripada 20 tahun lalu.

Aryati Bakri said...

Contoh negara rasuah yang hancur ialah Pakistan. Kaji Pakistan dulu dan sekarang.

ridzwan bakar said...

Salam Noor,
Pengalaman saya bekerja mengesahkan situasi cik puan. Tidak semua pemimpin berfikiran terbuka. Ego yang tinggi ini yang akan mereka bawa ketika Haji/Umrah (muhasabah:tidak semua begitu0. sya menyakini bahawa tarbiyah Haji dan umrah mampu mengubah ruang lingkup fikiran dan tindakan kita. Moga Allah menjadikan kita pemimpin yang lebih baik.

Salam Aryati,
Saya setuju hujah cik puan. Sama-samalah kita berdoa moga Allah melindungi dan memelihara umat Melayu demi survival generasi yang kita lahirkan dan bakal kita tinggalkan. Saya dan kita semua tidak mahu meninggalkan sampah buat generasi yang akan datang. Perubahan perlu dilakukan..

Anonymous said...

Filem melayu dulu masih banyak nilai moral..tp filem sekarang..hanya megejar untung semata2..malah menggalakkan lg masalah sosial misalnya..rempit, anak halal, bohsia dll

inamohamed said...

Salam Dr Ridzwan & semua,

Memang sukar utk kita mengekaklkan sikap & fikiran yg positif apabila sekeliling kita dipenuhi oleh perkara2 negatif. Tapi ia tidak mustahil dan segalanya terletak di hati kita.

Alhamudillah, saya telah menemui 3 buah buku yang amat membantu saya utk mengekalkan sikap/fikiran positif iaitu:

1. Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah - Syaikh Ibnu Ataillah AlSukandari (Thinkers Library)
2. La Tahzan/Jangan Bersedih; dan
3. Quranic Law of Attraction - Rushdin S. Rauf (PTS).

Perubahan bermula dari diri sendiri.