Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, December 1, 2010

Seronoknya Haji

Haji adalah perjalanan yang menyeronokkan.

Ramai kawan-kawan saya telah pulang dari Mekah. Mereka kelihatan ceria biarpun keletihan. Berbagai cerita ingin mereka kongsi.

Rakan-rakan yang masih berada di Mekah dan Madinah pula melompat keseronokkan kerana peluang untuk tawaf dan solat sehampir dengan Kaabah kelihatan lebih mudah dan laluan Raudah Nampak melegakan.

Ramai juga berbicara akan cabaran dan dugaan yang telah mereka tempohi. Ada yang mudah dan ada yang sukar.

Cabaran paska Haji lebih getir kerana kita berada dipersekitaran di luar Tanah Haram. Di sinilah bermulanya ujian besar kerana kita akan dinilai dengan mata kasar oleh rakan, saudara mara dan mungkin juga musuh. Mata-mata mereka akan cuba mengintai peluang untuk dijadikan ukuran nafsu. Biarlah mereka dengan nafsu negative itu. Cuba Tanya dalam diri perkara berikut:-

Adakah seseorang Haji/Hajjah mampu mempertahankan amalan rutin di Tanah Suci?

Mampukah kita bangun setiap malam untuk Tahajud?

Mampukah kita membaca Qur’an secara konsisten seperti kita amalkan di Tanah Suci?

Bagaimana tahap kesabaran kita jika dibandingkan dengan sebelum mendapat Haji/Hajjah?

Tip berikut mungkin bermanfaat:-

  • Mulakan dengan istiqamah solat berjamaah di Masjid.

  • Konsisten menghadiri majlis ilmu di Masjid/surau

  • Semak kembali amalan Haji yang masih belum lengkap atau belum memuaskan. Rancang pembaikan ke atas amalan tersebut.

  • Banyakkan bersadaqah

Wallah'alam

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Dr.,

Semoga peringatan menjadi suatu amalan berterusan sebaik kembali dari manunaikan ibadah Haji. Memang tidak mudah membuat amal sebagaimana waktu kita berada disana kerana tiada tuntutan lain seperti rutin kerja harian, tetapi usaha seperti yg tiga Dr. sarankan memang ada kebenarannya.

zarea106 said...

Dr,

Salam Maal Hijrah 1432