Alhamdulilah saya difahamkan buku Rinduku Pada Baitullah  sudah  masuk bahagian  Percetakkan.  Usaha pihak penerbit- Karangkraf  untuk menyiapkannya menjelang Pesta Buku hujung minggu ini hingga minggu depan perlulah saya hargai.  
Jika anda ke Pesta Buku (Dewan Tun Ismail PWTC, KL),  silalah ziarah ruang buku KarangKraf.
Saya amat menghargai kesungguhan Editor khususnya Kak Wan dan Azahar di dalam memastikan sasaran dicapai.  Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menghasilkannya seperti unit percetakkan, jurufoto, penasihat grafik hinggalah kepada pengawal keselamatan yang banyak  memudahkan urusan penerbitan ini.
Tidak lupa terima kasih kepada guru-guru saya ustaz Khusairi, ustaz Samsudin, Prof Kamil;  ahli keluarga,  rakan-rakan saya khususnya Ustaz Zamri Zainal ABidin (IKIM),  ustaz Zahazan, ustaz Khairi, Rosli Ibrahim, Zarea, Awang, Azahar dan ramai lagi yang sentiasa membantu saya menghasilkan  karya untuk jalan kebaikan.
Tidak lupa kepada mereka yang menyahut  tawaran saya  untuk  menyumbang sajak-sajak, kata-kata ringkas  dan seumpamanya  khususnya kepada abang Zul, Zuraini, Zarea, Rosli, Azahar dan Firdaus.   Terima kasih juga kepada Cik Puan Sharliza dan Fadila untuk perkongsian hidup yang boleh dijadikan panduan tips Rinduku Pada Baitullah.   InsyaALLAH,  anda semua akan berkongsi pahala dengan lahirnya buku ini (ALLAH tidak lupakan anda semua).
Terima kasih kepada mak yang sentiasa mendoakan saya dan isteri saya kerana sentiasa bersabar atas usaha kecil ini.
Dan kepada semua Pengunjung Setia & Silent Reader Blog Haji Muda-   Terima kasih dengan sokongan.
 
 
 
2 comments:
Dr,
Tahniah dengan Buku baru yang begitu bermenafaat ini.
salam Dr,
ALHAMDULILLAH..
InsyaALLAH saaya antara mereka yang bakal memiliki buku tu ..
Post a Comment