Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, May 27, 2011

Terima kasih

Assalamualaikum,

Alhamdulilah saya bersyukur kepada ALLAH kerana kutipan Dana RB melalui platfom buku Rindu Baitullah telah mencecah RM408. Sasaran saya adalah untuk mengumpul RM1,000 menjelang Ramadan yang akan datang untuk dimajukan ke Pusat Tahfiz/anak yatim. Walaupun progress hanya 40%, sokongan tuan/puan selama ini amat saya hargai. Ini juga memberi makna, saya perlu bekerja keras untuk memenuhi sasaran RM1,000 ini.

Saya turut menghargai sumbangan individu-individu tertentu yang membeli dan membayar buku Rindu Baitullah lebih dari harga pasaran. Sumbangan ikhlas mereka hanya ALLAH yang akan mengiktirafnya.

Terima kasih.


4 comments:

rezeki said...
This comment has been removed by the author.
rezeki said...

salam dr

alhamdulillah

semoga usaha tuan dipermudahkan Allah,

insyallah rindu kami pada Baitullah akan terubat , moga segala urusan kami di sana nanti dipermudahkan dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah,

insyallah

Zarea106 said...

Insyallah semoga dipermudahkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Kak Nor doakan agar usaha Dr. akan dipermudahkan oleh Nya...

Catatan Dr. kat buku RB membuatkan akak rasa sebak....

Terima kasih Dr.

Kak Nor.