Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, November 5, 2011

Anda berhajat menunaikan Umrah? (Mac 2012 cuti sekolah)

Nota: Foto di hadapan MAsjid Nabawi- Jamaah umrah muslimah yang pernah bersama rombongan saya

Salam Eid-Adha.

Di saat ini, kita disarankan untuk membanyakkan takbir, tahlil dan tahmid memuji kebesaran ALLAH. Bila saya mengikuti lintas langsung kemuncak Haji di Arafah sebentar tadi, maka timbul perasaan 'cemburu' melihat para hujjaj berihram dan berwukuf.

Maka isteri saya bertanya, "Abang dah finalize ke program UMrah MAc 2012?"

InsyaALLAH saya dan isteri merancang untuk ke Tanah Suci pada musim cuti sekolah Mac 2012. Setakat ini sudah hampir 20 orang berhasrat untuk ikut serta, Alhamdulilah. Saya masih membuka pendaftaran. Jika ada sesiapa yang berhajat, bolehlah menghubungi saya dengan

Email: tigeridz@gmail.com

Sms: 019-262 8585

Sila tinggalkan nama dan no telefon untuk saya hubungi.

Kos dianggarkan sekitar RM5,590 (tertakluk kepada perubahan dari agen Umrah). InsyaALLAH pesawat Saudi atau MAS.

Kepada muslimah bujang atau tiada mahram, InsyaALLAH isteri saya akan ikut serta dan InsyaALLAH beliau boleh membantu.

Berdasarkan pengalaman, program Umrah Cuti Sekolah perlu booking awal kerana grup jamaah saya pada Mac tahun ini berhadapan dengan sedikit problem logistik kerana tempahan yg telah dibuat kepada satu agen umrah telah dibatalkan kerana lambat buat bayaran. Walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku, tetapi agen umrah juga perlu melihat aspek 'keuntungan' dalam bisnes. Inilah dia antara ujian menjadi Tetamu ALLAH. Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, maka kali ini saya perlu membantu untuk buat persediaan awal. Justeru, urusan booking and deposit dapat kita selesaikan pada bulan Disember 2011. Bayaran penuh boleh dilakukan pada bulan Januari 2012 (selepas harga umrah sebenar dimaklumkan).

InsyaALLAH, bila senarai jamaah sudah confirm, kursus umrah akan dibuat oleh ustaz saya/agen umrah dan saya sendiri. InsyaALLAH saya juga merancang satu eksklusif program 'Rindu Baitullah' bila berada di Tanah Suci nanti (mengikut kesesuaian).

"Ya ALLAH, permudahkanlah hajat kami menjadi TetamuMU'. Kami amat rindu kedamaian Madinah dan seronoknya bertawaf di Baitullah. Izinkan kami hadir lagi Ya ALLAH."

5 comments:

CaHaYa BeRsEri said...

salam'alaik...ana memang berhajat nak pergi umrah..tapi,masih belajar..mengharapkan duit biasiswa, x ckup utk pergi sana...rindunya Baitullah..rindunya, YA ALLAH...doakan ana dan mak dapat ke sana.. T_T

haji muda said...

Assalam Cahaya berseri,
InsyaALLAH nanti saya doakan. Email saya di tigeridz@gmail.com

muhammad hafiz khalid said...

assalamualaikum...sy berhajat untuk pergi buat umrah bersama sahabat-sahabat sy...insyaallah mudah-mudah saya di berikan peluang...ya ALLAH hamba lemah berikanlah hamba pertunjuk agar dapat jejakkan kaki ke tanah cuci ..amin-amin ya rabbal alamin...MUHAMMAD HAFIZ KHALID...