Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 16, 2012

Diskusi #1 Kelab Haji Muda 15 Jan 2012



Alhamdulilah dengan izin ALLAH, malam tadi saya dapat tidur lena. Hasrat untuk mengujudkan Kelab HM telah dapat dilaksanakan walaupun ianya masih terlalu awal untuk dikupas.

Sekurang-kurangnya, bila ALLAH tanya saya di akhirat nanti, dengan hati dan wajah yang tunduk, saya akan katakan kepada Rabbul Jalil 'bahawa aku dan teman-teman HM' telah berusaha melakukan sesuatu atas kalimahMU'.

Diskusi #1 Kelab Haji Muda telah berjalan dengan baik. Terima kasih kepada mereka yang telah meluang masa untuk hadir ie. Sdr Khairul Salleh (sekretariat sementara), Kak Zanariah, Kak Asmah, Kak Norlaila, Hj Badrul dan Hjh Haliza, Hajjah Asiah dan adik Izone. Tanpa kehadiran anda, tidak mungkin Kelab HM akan wujud.

Secara ringkasnya, saya membentangkan hujah mengapa Kelab ini perlu wujud. Saya berkongsi wawasan saya untuk Kelab ini dan menyenaraikan program-program serta kerjasama dalam negara dan luar negara yang boleh digembelingkan. Secara jujur, saya nampak 'high impact big picture' dan perkara ini perlu dikongsi dengan teman-teman. Kelab ini bukan Kelab eksklusif milik saya. Ianya milik KITA SEMUA yang mempunyai hasrat dan impian yang sama. Saya berusaha untuk menyediakan platform kerjasama mengutip anuiti akhirat untuk kita semua.

JIka ditakdirkan ALLAH menjemput saya lebih awal, anda semua masih ada untuk meneruskan kerjasama mengutip pahala akhirat melalui platform Kelab ini. Agar Idea saya tidak terhenti ketika saya disemadikan....

Rasanya, bagai Syurga ALLAH melambai-lambai untuk kita... ALLAHU AKBAR!



Dengan kefahaman maksud di atas, Resolusi #1 telah memutuskan perkara berikut:-

1) Program berikut diletakkan dibawah inisiatif Kelab

a) Mengerakkan dana Masjid Bolongoa dengan sasaran RM80,000 untuk dikumpulkan target sasaran 30hb Mac 2012.

b) Umrah bersama saya pada bulan Mac 2012 nanti dianggap sebagai sebahagian program Kelab HM.

c) Mengizinkan inisiatif kak Asiah pergi ke Mekah akhir minggu ini bagi memulakan potensi kerjasama dan kemudian akan saya buat diskusi susulan bulan Mac nanti, insyaALLAH.

2) Option Mendaftarkan Kelab HM sebagai Kelab yang sah di bawah ROS supaya operasi, kerjasama dan 'suara' kita dapat didengar. Task-force telah diujudkan untuk mengkaji keperluan ini.

3) Satu program perdana khas Kelab HM termasuk mengadakan Qiyamulail InsyaALLAH akan disusun selepas saya kembali dari Tanah Suci nanti.

4) Mengujudkan website Kelab HM dengan mengekalkan blog ridzwan-bakar.blogspot sebagai blog peribadi saya untuk berkongsi wawasan, pengalaman dan idea. Justeru, satu tindakan bersama boleh dibuat agar artikel, panduan Haji Umrah dapat dibuat secara lebih professional. Ianya akan menjadi satu platform pertemuan ahli atau bukan ahli yang boleh mendapat manfaat dari kerjasama kolektif ini.

5) Mengembangkan kelab HM diluar Malaysia khususnya di Brunei, Indonesia dan Singapura. Ada juga permintaan dari rakan-rakan Timur Tengah. InsyaALLAH akan diusahakan.


APA YANG PERLU DIBUAT?

1. Kelab HM memerlukan sokongan kepakaran dan volunteer. Untuk tujuan ini, sila email
kelabhajimuda@gmail.com / atau sms En Khairul Salleh (sekretariat sementara Kelab HM - hp 019-241 6623).
Sila nyatakan nama, alamat, email add, no HP dan apa bentuk sumbangan yg boleh diberi untuk mengerakkan program.

2. Sama-sama mengerakkan dana Masjid kerana kerja amal dan masjid ini akan menjadi saksi di Padang Mahsyar nanti


Untuk makluman, saya juga telah mengujudkan Dua Panel Penasihat penting untuk mengawasi Kelab HM:-

1. Panel Penasihat dari orang yang ikhlas yang memahami suara hati saya seperti Prof Kamil (Madinah), ustaz Zamri (mantan Penerbit Radio IKIM) dan ustaz saya yang sudah tua..

2. Panel Audit Kewangan.



Saya perlu tekankan, Kelab ini bukan Kelab saya. Ia adalah Kelab KITA. Kita bertanggungjawab untuk menjaya atau mengagalkannya.


4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Dr, tolong kembangkannya ke Sarawak juga ye. Pengalaman menunaikan haji kali pertama pd tahun 2002 amat menginsafkan diri saya betapa ceteknya ilmu saya sekalipun saya adalah guru agama. Tetapi saya amat bersyukur kerana pengalaman itu mampu saya kongsi kepada family n rakan2 yg pergi ke sana agar mencari ilmu sebanyak2nya sebelum menunaikan haji mahupun umrah agar mereka mampu melaksanakan ibadah itu lebih baik n jangan ulangi kesilapan saya. Jzkl Dr

Anonymous said...

Assalam Dr,

Alhamdulillah! Dengan wujudnya kelab HM, semuga kita semua dapat menafaatnya. Amin.

Semuga Dr dan keluarga serta warga HMMRK dan semua yang terlibat diberi kesihatan dan dirahmati Allah.

Jazakaullah

AJ

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,
Moga rahmat ALLAH akan sentiasa bersama Dr dan keluarga. Amin.

ALLAH Hu Akhbar, ALLAH Hu Akhbar ALLAH Hu Akhbar. saya sebak bercampur gembira kerana impian Dr selaku Pempimpin HM dapat dilaksanakan. Terima kasih Dr. kerana berusaha untuk mengujudkan kelab HR untuk bersama kami mengutip anuiti akhirat.

Terima kasih juga kepada Sdr Khairul Salleh (sekretariat sementara), Puan Zanariah, Puan Asmah, Puan Norlaila, Sdr Hj Badrul dan Puan Haliza, Puan Hajjah Asiah dan adik Izone kerana dapat membantu Dr untuk mengujudkan kelab HM.

Insya ALLAH saya akan sama-sama membantu untuk mencapai impian yang sama melakukan sesuatu atas kalimahMU'.

Salam hormat
kamarjhan

haji muda said...

Assalam,
InsyaALLAH kita akan usahakan di Sarawak

TQ