Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, January 13, 2012

Jemputan Pertemuan Kelab Haji Muda

Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa pertemuan pertama untuk mengerakkan Kelab Haji Muda akan diteruskan sebagaimana yang dirancang. Biarpun ramai tidak dapat hadir kerana mempunyai pelbagai urusan, InsyaALLAH saya telah membuat keputusan untuk meneruskan juga pertemuan ini kerana ianya perlu dimulakan. Kerja baik tidak seharusnya ditangguh. Lagipun tempahan sewa bilik mesyuarat telah dibuat dan kos sewa akan saya tanggung sendiri.

Untuk maklumat lokasi, mohon hubungi atau sms Sekretariat Sementara Kelab HM di talian HP: 019-2416623 .

Tarikh: 15 Jan 2012 AHAD
Masa: 9.30am-12.00pm
Lokasi: No 24, Jalan Pelabur, Seksyen 23 Shah Alam (Lot Kedai bersebelahan MydinMart) berdekatan Carrefour (Mohon contact Sekretariat).

Dengan rendah hati, saya menjemput Tuan/puan/cik yang mempunyai masa untuk hadir sama. Tiada bayaran dikenakan.

Terima kasih.


2 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Atas niat kerana NYA, semuga Allah temukan mereka mereka yang mempunyai niat yang sama bagi menjayakan KHM.

Semuga Allah permudahkan semua urusan dan merahmati semua yang terlibat.

Tolong update perkembangan KHM (Kelab Haji Muda) regularly bagi kami warga HMMRK.

Semuga Allah memberkati hidup Dr dan keluarga.

Jazakaullahufiq

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr
Moga usaha Dr untuk membangunkan dan mengerakkan Kelab Haji Muda akan mendapat sokongan dan kerjasama dari rakan Silent Readers yang setia.Amin

Walaupun banyak yang tidak dapat hadir namum saya berharap dan berdoa moga sebilangan rakan dapat hadir kerana kita harus sedar akan susah payahnya (keikhlas) Dr Ridzuan untuk meluangkan masa, berfikir, menyediakan tempat,bayaran sewa tempat dan semua keperluan, mencari teman (expertise)key person dan lain, adalah semata-mata untuk membantu kita. Agar kita dapat menyumbang sebahagian rezeki untuk bekalan AKHIRAT melalui seorang(leader) untuk mengerakkannya.

Saya doakan moga Usaha Dr akan berjaya. Amin

Salam hormat
kamarjhan