Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, January 7, 2012

Mahasiswa/i Thumbdrive

Mahasiswa/i thumbdrive- Datang kuliah bukan untuk ilmu...


Hari ini genap 15 bulan saya dipinjamkan ke dunia akademik. Terima kasih kepada organisasi/majikan saya kerana telah melanjutkan tempoh pinjaman hingga 30 September 2013.

Dalam tempoh yang singkat ini banyak perkara yang saya belajar. Cuma saya masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berligar di pemikiran generasi muda Melayu bila melihat kejadian mahasiswa dan polis di UPSI. Saya tidak berminat untuk komen isu ini diblog ini apatah lagi jika melibatkan ‘management by emotion’.

Cuma saya ingin berkongsi satu fakta penting untuk kita fikirkan.

Sepanjang 15 bulan di alam akademik secara full-time, tiada seorangpun anak muda Melayu datang bertemu saya untuk mendapat bimbingan menjadi usahawan atau bercita-cita menjadi CEO yang baik. Rata-rata mahasiswa Melayu datang ke pejabat saya bila ada masalah/ repeat paper. Seolah-olah orang melayu kita ini mempunyai sikap ‘reactive’ kepada sesuatu keadaan. Sukar untuk saya bertemu anak muda kita yang ‘proactive’ dan melakukan lebih dari yang diminta.

Satu lagi fakta, Dari 11 orang mahasiswa/I yang datang berjumpa saya untuk menjadi mentor bisnes, kesemua mereka adalah berbangsa Cina. Saya katakan kepada pelajar PhD/DBA/MBA dan UG bahawa saya bukanlah jutawan bisnes yang boleh dijadikan mentor tetapi pengalaman sector korporat dan banyak membantu organisasi melakukan transformasi bisnes, menyusun kembali strategic direction dan pengurusan kewangan sedikit sebanyak akan dapat membantu anda yang mahu terjun ke alam bisnes. Saya ada sedikit kepakaran (yang juga tidak dimanfaatkan oleh pemerintah, organisasi Islam dan Masjid).

Justeru, kepakaran saya cuba dimanfaatkan oleh pelajar Antarabangsa dan pelajar berbangsa Cina rakyat Malaysia. Saya tiada masalah untuk membantu pelajar Cina ini sebab Islam mengajar kita untuk berlaku adil dan tidak kedekut ilmu. Itu bukan isu sebab Rasululah s.a.w mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam. Soalnya, Apa sudah jadi dengan mahasiswa/I Melayu dan India?

Adakah pelajar Melayu dan India secara umumnya adalah golongan yang berpuas hati dengan apa yang ada? Saya tidak fikir begitu sebab saya juga bertemu dengan insan Melayu dan India yang gigih berusaha di dalam dunia bisnes.

Adakah kita mula berusaha bila ditekan atau berhadapan masalah hidup? Jika begitu, tidak kemanalah orang Melayu dan India di Negara tercinta ini.

Kepada anda para mahasiswa/I, manfaatkan masa yang ada untuk perkara berfaedah dan capitalize pengalaman para professor dan pensyarah. Jadikan Perpustakaan sebagai ‘tempat lepak’ dan masjid Universiti tempat mendampingi ALLAH dan ketenangan (Nota: Telah saya kupas dan tekankan di dalam buku Bila Pintu Hati Terbuka).


Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa/I ulat buku

Tetapi kita juga tidak mahu melahirkan

Mahasiswa/I berfikiran beku…



4 comments:

Naz Mohamed said...

As salam Dr,

Majoriti kita Melayu fikir nk kerja mkn gaji jer bila abis belajar sb bisnes bukanlah budaya/darah daging kita sebgmana kaum Cina. Bila buat latihan industri pun hanya nk buat di sykt yg didominasi oleh Melayu. Dari kita mula masuk sekolah darjah 1 hingga ke U, kita diberi tongkat. Perubahan perlu dibuat dari peringkat rendah lagi...

haji muda said...

Assalam Ummi,
Saya setuju..

malimputih said...

Assalam Dr,

Saya akui pelajar Melayu/Islam dikongkong dengan pemikiran parti pemerintah sekarang yang tidak menggalakan pemikiran kreatif, bila suarakan tidak puas hati dikatakan tidak mengenang jasa.Budaya ini terbawa-bawa dari alam pengajian ke alam pekerjaan, itu yang menyebabkan orang Melayu/Islam jumud fikiran dan biarkan bangsa lain membuat keputusan untuk mereka.

malimputih said...

Assalam Dr,

Saya akui pelajar Melayu/Islam dikongkong dengan pemikiran parti pemerintah sekarang yang tidak menggalakan pemikiran kreatif, bila suarakan tidak puas hati dikatakan tidak mengenang jasa.Budaya ini terbawa-bawa dari alam pengajian ke alam pekerjaan, itu yang menyebabkan orang Melayu/Islam jumud fikiran dan biarkan bangsa lain membuat keputusan untuk mereka.