Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 23, 2012

Status Umrah Cuti Sekolah Mac 2012

Rindu Baitullah......Tidak sabar diri yang daif ini untuk ke sini....


Alhamdulilah, dengan limpah kurnia kasih sayang ALLAH s.w.t , seramai 48 jamaah Umrah akan bersama-sama saya di dalam rombongan 'Mendamba Cinta Ilahi di Tanah Suci' Cuti Sekolah Mac 2012.

Kuliah/kursus umrah akan diadakan pada 4hb Feb 2012 dan InsyaALLAH disusuli dengan kuliah pada minggu berikutnya. Kuliah ini akan disampaikan oleh ustaz saya. Bagi "Tuisyen Umrah gratis" pula akan saya sampaikan di rumah saya pada awal Mac bagi memantapkan persediaan jamaah (bergantung kepada permintaan dan jadual kerja saya).

Bagi tuan/puan/Dr/sahabat-sahabat yang bertanya mengenai program ini, dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran sudah ditutup.

Moga ALLAH meredhoi usaha hambaNYA untuk memperbaiki diri. ALLAHU AKBAR!


2 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Semuga Dr dan semua yang mengikuti rombongan Dr dalam perlindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Semuga mendapat umrah yang mabrur.

Semuga di lain kesempatan saya turut rombongan Dr.

Saya berdoa semuga Allah menjemput saya dan keluarga ke Baitullah, insya Allah.

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr,
Moga ALLAH mempermudahkan pengurusan dalam memimpin jemaah-jemaah Umrah. Moga Dr dan rombongan mendapat Umrah yang mabrur. Ameen Ya Rabal Alamin.

Bertuah pada mereka yang berkesempatan untuk menjalani Umrah bersama Dr. Insya ALLAH di kesempatan yang akan datang saya juga ingin nak ikut serta.

Tolong doakan saya dapat pergi bersama rombongan Dr. Subhan ALLAH.

Salam hormat
kak kamarjhan