Alhamdulilah,  dengan kasih sayang ALLAH sukacita saya  maklumkan  bahawa  pendaftaran KHM (Kelab Haji Muda)  telah diluluskan oleh  Pendaftar Pertubuhan. Saya ingin mengucapkan  tahniah dan terima kasih kepada semua  Pro-tem  KHM  yang  bekerja keras menyediakan kertas cadangan, berurusan dengan ROS, menghadiri beberapa mesyuarat dan berkorban RM demi  tercapainya hasrat murni ini.  Tanpa pengorbanan mereka,  KHM tidak akan menjadi realiti. Oleh kerana teman-teman Pro-tem KHM tidak mahu mereka dikenali, InsyaALLAH saya akan perkenalkan mereka pada  AGM Pertama KHM (akan saya maklumkan tarikh kemudian).  
Saya berdoa moga KHM dipelihara oleh ALLAH dari fitnah dan hasad dengki.  Saya juga sangat berharap  moga ALLAH mengizinkan KHM  menghimpunkan insan-insan ikhlas  yang mempunyai satu arah dan visi  hidup yang  jelas dan sama.
Sebagaimana yang saya tekankan dalam entri terdahulu,  KHM tidak menjanjikan  kekayaan RM  tetapi insyaALLAH  KHM  akan menyediakan  platform amal  dan usaha berterusan untuk kita mendidik diri dan  membangunkan masyarakat melalui  pendekatan Haji dan Umrah.  
InsyaALLAH, saya yakin ALLAH akan membantu kita  dan KHM mampu untuk menjadi  fuel that allows common people like us to attain uncommon but high impact results. Amin!
Email KHM:  kelabhajimuda@gmail.com
 

 
 
4 comments:
Assalam Dr,
Semuga dirahmati Allah.
Alhamdulillah. semuga segala usaha dan kerja amal diberkati, diredhai dan dalam perlindungan Allah.
AJ
Assalammaualaikum Dr,
Alhamdulillah dan Tahniah...
Semoga KHM akan sentiasa maju....
Salam Dr
Insya Allah...KHM akan terus berkembang dengan jayanya...
Assalam Dr,
Tahniah kepada Dr dan Protem. Moga usaha ini mendapat reda dan pertunjuk ALLAH. Amin
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment